Kemalangan Lucu: Kren Penyelamat Terpaksa Diselamat

>> 23 Jun 2014

Sebuah kereta terjunam ke dalam air sebelum sebuah lori kren dipanggil untuk menarik keluar kereta itu. Semasa sedang menjalankan tugas menyelamat, lori kren itu menjadi tidak seimbang, menyebabkannya turut masuk ke dalam air. Tidak lama kemudian, sebuah lagi lori kren yang lebih besar datang untuk menyelamatkan kedua-dua "mangsa", namun nasib sama menimpa lori kren yang baru datang apabila ia turut menyertai dua "mangsa" yang masih berada di dalam air. Mesti bengkek giler tuan kereta.

kemalangan kren
Kren penyelamat terpaksa diselamat, namun masih tak selamat.

5 Binatang Kudung Dengan Kisah Tersendiri

>> 18 Jun 2014

Lima binatang ini tidak cukup anggota fizikal, namun mereka terpaksa mengatasi kekurangan diri masing-masing untuk meneruskan hidup. Mujur masih ada manusia yang bertanggungjawab untuk menjaga dan menyayangi mereka kecuali hanya satu sahaja daripada lima yang hidup tidak bertuan. Ikuti kisah suka duka lima binatang kudung dalam mengharungi hari-hari mereka sebagai seekor binatang.

Faith - Mampu Berjalan Seperti Manusia

binatang/haiwan kudung
Faith
Faith, nama anjing berkaki dua yang dilahirkan pada Disember 2002 di Amerika Syarikat. Awalnya, dia mempunyai tiga kaki - dua kaki belakang yang normal dan satu kaki hadapan yang cacat, namun kaki yang cacat itu terpaksa dipotong ketika usianya tujuh bulan selepas ia mula "mengecut". Pemiliknya, Jude Stringfellow mengambil tugas menjaga Faith setelah ibu anjing tersebut mula menyisihkannya.

Pemprosesan Bihun Cap Masjid Nan Kotor & Jijik

>> 11 Jun 2014

Jika mengikut kepada papan tandanya, lokasi kilang ini terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Tidak disangka, terdapat sebuah kilang pemprosesan bihun yang menjalankan operasi dengan cara yang sudah tentunya tidak dapat diterima oleh para pengguna - kotor dan jijik!

Bihun Istimewa KL
Kilang Mee Hoon di Jalan Ipoh, KL
Selain menggunakan imej masjid, Bihun Istimewa atau gelaran panasnya, "Bihun Cap Masjid" turut memaparkan tulisan jawi (بيهون اينتيميوا) pada bungkusan. Ia dikatakan sebagai galakan kepada pembeli Melayu yang beragama Islam untuk membeli produk mereka ini. Taktik baik punya!

Rumah Ikonik Si Degil Edith Macefield‏

>> 10 Jun 2014

Edith Macefield, dikenali sebagai seorang wanita tua yang sangat degil sehingga menolak tawaran $1 juta daripada pihak pemaju yang ingin membeli rumahnya. Pembelian itu untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks komersial di kawasan tersebut. Kedegilannya mendapat pujian penduduk tempatan Ballard, Seattle, Amerika Syarikat sekali gus memaksa pihak pemaju menukar pelan asal bangunan yang ingin dibina.

Rumah mendiang Edith Macefield
Rumah mendiang Edith Macefield
Macefield tidak mahu berpindah dan wang bukanlah segalanya bagi seorang wanita di usianya. Dia terus tinggal di rumah yang dibeli pada 1950-an ini sehingga saat kematiannya pada 2008. Pembinaan bangunan lima tingkat itu diteruskan dengan mengecualikan kawasan rumah Macefield, di mana dinding konkrit bangunan yang dibina, betul-betul menghadap bahagian kiri, kanan dan belakang rumahnya. Dia mampu bertahan dengan bunyi bising dari kawasan pembinaan walaupun jarak di antara rumah dan kawasan pembinaan sangat dekat.

Jadual Perlawanan Piala Dunia Brazil 2014 Waktu Malaysia

>> 05 Jun 2014

Piala Dunia Brazil 2014 merupakan Piala Dunia FIFA yang ke-20 dengan 12 lokasi perlawanan. Ini merupakan kali kedua Brazil menjadi tuan rumah kejohanan Piala Dunia, sebelumnya pada 1950, juga kali pertama negara dari Amerika Selatan menganjurkan Piala Dunia FIFA lebih dari sekali. Diharap semuanya berjalan lancar nanti.

FIFA World Cup 2014
Piala Dunia Brazil 2014
Mengikut waktu tempatan kita, kejohanan akan bermula dari 13 Jun hingga 14 Julai 2014. Siaran langsung perlawanan adalah seawal 12:00 pagi, 3:00 pagi, 4:00 pagi, 6:00 pagi dan ada satu perlawanan peringkat kumpulan sepak mulanya selewat 9:00 pagi.

Senang cerita, di bawah ini ada beberapa pilihan Jadual Perlawanan Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia (GMT+8). Pilih salah satu yang berkenan dan simpan atau cetak untuk kemudahan masing-masing.

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Jun 2014

>> 03 Jun 2014

ustaz azhar idrus

Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus bulan Jun 2014. Tertakluk kepada perubahan daripada pihak UAI. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk page Ustaz Azhar Idrus di Facebook.

Lambat sikit keluar jadual bulan ni. Cuti panjang gaya-gaya ustaz tuh...

Kisah Adik-beradik Pengasas Adidas & Puma

>> 01 Jun 2014

Adidas dan Puma merupakan dua jenama sukan terkemuka dunia yang menghasilkan pakaian dan kelengkapan untuk pelbagai jenis sukan. Kedua-dua jenama ini asalnya daripada satu perusahaan adik-beradik sebelum mereka berpecah dan menubuhkan label masing-masing.

Gebrüder Dassler Schuhfabrik
(Dassler Brothers Shoe Factory)

Christoph Von Wilhelm Dassler ialah seorang pekerja di sebuah kilang kasut, manakala isterinya, Pauline menjalankan perkhidmatan dobi di Herzogenaurach, Bavaria, Jerman. Anak lelaki mereka, Rudolf "Rudi" Dassler bekerja bersama ayahnya di kilang kasut selepas tamat sekolah. Sekembalinya daripada berkhidmat dalam Perang Dunia Pertama, Rudi ditawarkan jawatan pengurusan di sebuah kilang porselin, dan kemudiannya di sebuah perniagaan borong kulit di Nuremberg, Jerman.

jenama sukan popular
Adolf (kiri) dan Rudolf (kanan) Dassler.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP