Video Ustaz Indonesia Naik Angin Tindih Kepala Lelaki Dengan Lututnya

>> 21 Februari 2014

Laman sosial Indonesia petang ini kecoh dengan penyebaran sebuah klip YouTube berdurasi 3 minit yang memperlihatkan seorang ustaz yang dikenali sebagai Hariri menginjak kepala seorang lelaki kerana marah yang teramat.

Ustaz Hariri
Tindakan Ustaz Hariri terhadap seorang petugas sistem audio.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kawasan di Bandung, Jawa BaratLelaki yang diinjak kepalanya itu merupakan petugas yang menjaga sistem audio dalam majlis berkenaan.

Pengurus ustaz berkenaan yang dihubungi media Indonesia, Odet memberitahu majikannya bertindak demikian kerana marah dengan kualiti bunyi yang disediakan lelaki itu. "Kita sewa sound kan wajar ingin yang kualitasnya baik," katanya.

Menurut beliau, tindakan lelaki itu yang memohon maaf dalam keadaan marah kepada Ustaz Hariri menjadi punca mengapa majikannya bertindak menginjak kepada lelaki itu.

Namun menurut Odet, Ustaz Hariri telah memohon maaf kepada lelaki berkenaan dan menganggap isu itu telah selesai. Begitu pun, komuniti aktif media online Indonesia nampaknya tidak menerima perlakukan ustaz berkenaan dengan begitu mudah sekali.

Ramai yang menyifatkan ustaz berkenaan yang muncul dalam beberapa sinetron seperti Islam KTP dan Sampean Muslim sebagai sombong dan memalukan penganut Islam. - Mynewshub.my


Ustaz Hariri
Penerangan mengenai kejadian dalam video di atas di YouTube.

Semasa entri ini dikongsikan, video ini telah ditonton hampir 1.5 juta kali di YouTube. Apa puncanya sekali pun, dilihat tindakan yang diambil oleh ustaz tersebut tidak wajar. Dengan imej yang dibawa sebagai seorang pendakwah, tidak pelik tindakannya itu mendapat banyak kritikan daripada orang ramai. Papepun, banyakkan bersabar dalam menghadapi segala hal.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP