Hukuman Melanggar Sumpah

>> 23 November 2013

Apakah hukuman melanggar sumpah?

Dalam persoalan ini, anda perlu mengenal pasti adakah sumpah yang anda buat adalah atas nama Allah SWT ataupun sekadar sumpah yang hanya dibuat gurau-gurauan.


Jika sumpah tersebut dibuat atas nama Allah SWT seperti;

"Demi Allah, aku tidak akan pijak lagi rumah engkau ini!"

Ringkasnya, jika sumpah tersebut dibuat dengan nama Allah, sifat-sifatNya yang wajib ataupun dengan keagunganNya, anda adalah berdosa dan perlu membayar kifarah sumpah.

Kifarah sumpah ialah:

  1. Memberi makan 10 orang miskin. Setiap seorang sebanyak secupak beras. Atau,
  2. Memberi pakaian (benda yang dipakai mengikut adat setempat) kepada 10 orang miskin. Atau,
  3. Membebaskan seorang hamba yang beragama Islam. Hamba tersebut mestilah seorang hamba yang sempurna anggota badan dan boleh bekerja.

Namun begitu, bagi mereka yang tidak mampu untuk melakukan ketiga-tiga perkara tersebut, maka dia dikehendaki berpuasa sebanyak tiga hari dan menurut mazhab Syafie puasa tersebut tidak disyaratkan secara berturut-turut.

Sila berhubung dengan Pusat Pungutan Zakat yang berhampiran untuk membuat bayaran kifarah tersebut.

Wallahu'alam… - HasnulHadiAhmad.Com

Situasi lain yang boleh dijadikan contoh adalah seperti berikut;

Antara saya dan pasangan berlaku pertengkaran kecil baru-baru ini. Berikutan itu, saya menghantar satu SMS untuk memberi kepercayaan kepadanya. Ia berbunyi seperti: "Saya berjanji dan bersumpah jika terjadinya perkara begini lagi, maka dengan ini gugur hubungan kita."

Bagaimanapun, pasangan saya tidak bersetuju dengan SMS yang saya berikan itu. Mohon perjelasan Dr, adakah ini dikira taklik dan jika benar, bagaimanakah untuk saya membatalkan taklik ini? Bantuan Dr amat dihargai.

Boleh sambung baca penjelasan kepada persoalan ini di myMetro. Jawapan yang diberikan oleh Dr mengenai masalah ini sama seperti penulisan saudara di atas. Cuma, mungkin lebih terperinci. Akhir sekali, video pencerahan daripada Ustaz Azhar Idrus - Langgar Sumpah & Cara Membayarnya.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP