Persamaan Robin van Persie Dan Ruud van Nistelrooy Bersama Manchester United

>> 03 September 2012

Aku perasan gambar di bawah melalui Facebook. Menampilkan Ruud van Nistelrooy (RVN) dan Robin van Persie (RVP) meraikan jaringan mereka bersama Manchester United. Apa yang menarik ialah pada bahagian description. Betul ke persamaan tu?

KONGSA KONGSI

Kalau bab Manchester United ni, aku semangat lebih sikit. Tak kisah la kena baca tulisan orang putih untuk mendapatkan maklumat. Daripada apa yang diperoleh, memang betul pun persamaan tu. Selain bermain dalam pasukan kebangsaan yang sama, tak sangka mereka turut mencipta "sejarah" yang sama bersama Manchester United.

RVN menjaringkan gol pertamanya untuk Manchester United ketika menentang Fulham. Ia juga merupakan perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris untuk musim 2001/2002. Pada 22 Disember 2001, RVN mencatat hatrik pertamanya ketika menentang Southampton sekali gus membantu kemenangan 6-1 Manchester United.

RVP juga menjaringkan gol pertamanya bersama Manchester United ketika menentang Fulham pada 25 Ogos 2012. Pada perlawanan minggu seterusnya, 2 September 2012, dia cemerlang memastikan kemenangan kelab barunya dengan meledak hatrik menentang Southampton. Gol ke-3 RVP itu juga merupakan gol ke-100nya sepanjang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris.

Sepanjang karier RVN bersama Manchester United, dia berjaya menjaringkan 95 gol dalam 150 penampilan dan 5 kali hatrik. Kini giliran RVP pula untuk membuktikan ketajamannya. Sekian...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP