Burger Bakar Di Kuantan

>> 10 September 2012

Semakin ramai telah mencuba burger bakar yang terkenal dengan saiznya yang berganda-ganda lebih besar daripada burger biasa. Perbezaan itu disebabkan 'patty' yang dihasilkan sendiri oleh pihak peniaga. Untunglah kepada mereka yang duduk area Lembah Klang sebab line tu banyak lokasi best untuk mendapatkan burger bakar. Dengar kabo gitu la...

Macam aku yang duduk area Kuantan, memang tak berkesempatan nak merasa burger bakar yang digembar-gemburkan keenakannya itu. Nasib baik ada juga orang yang membawa resepi burger bakar tu ke sini. Belum jumpa lagi kedai atau lokasi lain yang menjual burger bakar di Kuantan macam kedai yang satu ni.

Burger Bakar Big Show

Kali pertama singgah makan malam di kedai ini, burger bakar masih belum wujud. Tarikan utamanya ketika itu ialah sate dan masakan panas. Pelanggan pun tak berapa ramai sebab banyak lagi tempat best untuk mendapatkan sate di Kuantan. Usaha menarik pelanggan dengan menggunakan burger bakar dilihat berjaya sebab agak ramai pelanggan selepas itu.

Harga burger bakar bermula dari RM6. Aku order yang ni je sebab tank kecik.

Kalau burger bakar double, meriah sikit rupanya. Harga pun sudah tentu "meriah". Pesanan daripada rakan serumah.

Tempat makan berbumbung...

dan tempat makan terbuka. Memang gelap sikit line ni sebab tak banyak lampu yang dipasang. Di belakang tu ialah pantai.

"Abg Putih Hitam".

Nak banding dengan burger bakar yang dah top di ibu kota tuh, aku pun tak tahu takat mana burger bakar Kuantan ni. Memang lain rasanya bila dibakar. Kalau ada orang Kuantan nak merasa, bolehlah cuba datang sini. Lokasi kedai terletak di Jalan Beserah. Agak jauh sikit dari pusat bandar. Harapnya pecubaan anda nanti berbaloi!

1 komen:

newblogger 12:17 PG, Oktober 02, 2016  

so far... burger bakar ni mmg torbaik... patty byk daging, kurang bread crumb & lomak.. wifey mmg suka.. mmg rasa lain sgt dr burger bakar di KL.. this become my first in the list!

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP