Wanita Malaysia Ke-3 Paling Ramai Curang

>> 28 Ogos 2012

ACCRA, Ghana - Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press. Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.

Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus. Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus.

Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga. - Kosmo! Online

Seorang lelaki China, Sun Meng, 25, yang ditangkap sedang bermadu asmara bersama kekasihnya bertindak melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas dikejar suami wanita tersebut, lapor sebuah akhbar semalam. Foto bogel Sun Meng kemudian dihantar untuk siaran sebuah laman web komuniti tempatan (tarikh sebenar kejadian tidak diketahui).

Dipetik daripada blog Ibnu Hasyim, berikut antara sebab berlakunya kecurangan dalam kalangan isteri: 

  1. Balas dendam: Mungkin sebelum ini pihak suami telah curang. Jadi mereka ingin membalas dendam supaya lelaki pun merasai apa yang dirasa.
  2. Menghilangkan stress: Tekanan-tekanan yang dihadapi di rumah/tempat kerja diluahkan dengan cara ini. Mendapatkan cinta baru yang lebih sensasi.
  3. Perasaan terhadap suami/kekasih telah berubah: Semakin lama semakin kurang perasaan cinta pada suami. Jadi isteri mengembalikan rasa cinta yang telah pudar kepada orang lain.
  4. Seks yang membosankan: Tempoh bersama yang lama menyebabkan isteri sudah boleh membaca rutin seks suami. Jadi tiada kejutan dan semakin hari semakin membosankan. 
  5. Berbeza minat dan cara: Wanita suka melakukan sebarang aktiviti bersama pasangan. Apabila pasangan berlainan minat dan cara, mudah untuk wanita jatuh cinta kepada lelaki lain yang punya minat dan cara sama.
  6. Mengembalikan perasaan muda: Umpama jatuh cinta kali kedua selepas dikecewakan.

Harapnya teman-teman yang sudah dan akan berumah tangga tidak berhadapan dengan masalah ini. Fikir-fikirkan akibatnya kepada orang lain terutama suami dan anak-anak. Ucapan tulus ikhlas dari saya, orang bujang. hehe...

1 komen:

Unknown 10:10 PTG, Ogos 09, 2015  

Asalamualaikum dan Salam sejahtera.
Kami agensi Penyiasat Peribadi (PI) yang berpengalaman luas dalam bidang penyiasatan pelbagai kes di seluruh malaysia dengan harga yang berpatutan.
Di antara khidmat siasatan yg di tawarkan seperti berikut :-
Pengawal peribadi untuk tempoh tertentu.
Siasat pasangan.
Siasat dan pantau aktiviti individu.
Intip individu untuk dapatkan maklumat.
Siasat aktiviti pasangan.
Kesan orang hilang dan lain2.
Info lanjut sila hubungi sms atau whatsapp En.Ahmad 017.4518689

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP