Review Mael Lambong: Memang Kelakar Tapi Agak Terlampau

>> 29 Jun 2012

Peminat filem tempatan mesti dah atau nak tengok filem Mael Lambong. Tarikan utama filem ini sudah tentunya sebab lakonan Zizan dengan watak yang sebelum ini dibawanya dalam Maharaja Lawak Mega. Mael Lambong yang mencari makan sebagai penarik kereta profesional amat cemerlang dalam melakukan tugasnya. Di awal cerita, penonton diperkenalkan dengan kehebatan Mael Lambong menarik pelbagai jenis kereta. Lori pun tidak terkecuali.

Cerita mula berkembang apabila watak Maria lakonan Juliana Evans muncul. Bermulalah perjalanan Mael Lambong bersama Maria ke satu destinasi. Daripada situ diceritakan juga kenapa muka Mael Lambong berparut. Jalan cerita keseluruhannya menarik dan tidak membosankan.

Sebagai seorang penonton yang boleh masuk dengan lawak Zizan, cerita ini memang kelakar untuk dilayan. Sehinggakan nama Ustaz Azhar Idrus pun ada disebut. Dari awal sampai habis, banyak juga sindiran yang diselitkan. Antaranya berkisar tentang isu hentam-menghentam di laman sosial dan blog. Kira bagus la tu…

Apa yang tak bagus sebab filem Mael Lambong yang ditayangkan untuk tontonan umum (U) mempunyai aksi yang tidak sesuai untuk tumbesaran anak kecil. Anak besar pun tak sesuai buat aksi yang ditunjukkan tu rasanya. Bila perlakuan tak senonoh dijadikan bahan lawak, memang mudah untuk buat orang ketawa tapi macam tak patut pula gunakan cara tu untuk filem tempatan. Banyak lagi bahan lawak yang boleh buat orang ketawa kot. Walaupun bukan scene gusti di atas katil, penonton mungkin ramai yang sensitif bila melihat scene sebegitu. Scene di mana Maria dan Mael Lambong berlawan untuk membuktikan dia (Maria) adalah seorang perisik. Tak tahulah apa pendapat yang lain bila tengok scene ini. Bagi aku babak ini memang agak terlampau.

Trailer Mael Lambong

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP