Kelazatan Burger Ular Indonesia

>> 12 Jun 2012

Difahamkan, terdapat restoran di Indonesia yang menyediakan hidangan snake burger atau burger ular kepada para pelanggan. Ular-ular ini ditangkap dari kawasan sekitar sebelum diproses untuk menjadi daging burger. Proses yang menggiurkan itu dapat dilihat dalam gambar-gambar di bawah.


Bahagian dapur beroperasi umpama sebuah kilang yang penuh dengan ular di segenap ceruk. Pada peringkat awal, ular akan dipotong kepalanya. Kemudian, diasingkan kulitnya yang bersisik dari bahagian badan. Ia seterusnya dibersihkan sebelum dicincang dan dicampur dengan bahan perasa. Sungguh menggiurkan bukan?















Begitulah bagaimana burger ular disediakan? Kulit ular yang telah diasingkan tadi mungkin digunakan untuk pembuatan barangan kulit berjenama. Daripada pengakuan yang aku pernah baca, rasa burger daging ular ini seperti daging ayam. Kalau pejam mata, mati-mati ingat ayamlah kot kalau termakan nanti. Berhati-hati memilih menu untuk dimakan terutamanya ketika berada di negara orang.

Siapa yang pernah makan burger ular ni, silalah kongsi pengalaman anda dalam ruangan komen di bawah. Sedap tak? haha...

Lagi makanan yang pelik-pelik dalam entri di bawah:

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP