Info & Jadual Perlawanan Euro 2012 Waktu Malaysia

>> 07 Jun 2012

Euro 2012 yang akan berlangsung beberapa hari saja lagi di Poland dan Ukraine merupakan UEFA European Football Championship edisi yang ke-14. Bermula pada 8 Jun ini dan akan berakhir pada 1 Julai 2012 nanti. Waktu Malaysia yang cepat beberapa jam menyebabkan para peminat bola sepak di sini terpaksa berjaga malam untuk melihat pasukan kegemaran mereka bermain.

Ini merupakan kali ketiga penganjuran Euro yang menggabungkan dua negara sebagai tuan rumah. Sebelum ini, Belgium-Belanda (2000) dan Austria-Switzerland (2008) pernah menjadi tuan rumah bersama.

Sebanyak 16 pasukan akan bertanding untuk merebut gelaran jaguh Eropah. Euro 2012 bakal menjadi kali terakhir format 4 pasukan dalam setiap 4 kumpulan digunakan. Dalam edisi 2016 akan datang, penyertaan pasukan bertanding akan dinaikkan kepada 24 pasukan.

Semua perlawanan UEFA Euro 2012 akan berlangsung di 8 buah stadium. 4 di Poland (Gdansk, Poznan, Warsaw, Wroclaw) dan 4 di Ukraine (Donetsk, Lviv, Kharkiv, Kyiv). Itulah serba sedikit mengenai Euro 2012. Paling ditunggu-tunggu format baru dalam edisi 2016 nanti. Semakin banyak pasukan dan semestinya semakin meriah.

Di bawah ini disertakan jadual perlawanan peringkat kumpulan Euro 2012. Tarikh dan masa telah diubah mengikut waktu Malaysia. Sebarang kesilapan harap boleh dimaklumkan.


Group B paling gengster. Mungkin Denmark je yang tak berapa nak gengster.



Bertuah lagi waktu perlawanan peringkat kumpulan sebab ada juga beberapa perlawanan yang disiarkan jam 12:00 malam. Untuk peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir, sepak mula perlawanan semuanya pada pukul 2:45 pagi waktu Malaysia. Naya betul kepada peminat bola sepak tegar. Tengok pasukan pilhan je lah gamaknya.

Jadual Euro 2012 Peringkat Suku Akhir Waktu Malaysia

22 Jun 2012

23 Jun 2012

24 Jun 2012

25 Jun 2012

Jadual Euro 2012 Peringkat Separuh Akhir Waktu Malaysia

28 Jun 2012
KONGSA KONGSI

29 Jun 2012
KONGSA KONGSI

Jadual Euro 2012 Peringkat Akhir Waktu Malaysia

2 Julai 2012
KONGSA KONGSI

Sumber dan rujukan: EUFA EURO & Stadium Astro

Download jadual penuh perlawanan Euro 2012 format Microsoft Office Excel (.xls)

UEFA EURO 2012 Tournament Schedule

UEFA EURO 2012 Tournament Schedule
Anda juga boleh muat turun jadual penuh perlawanan Euro 2012 dengan klik link yang disertakan di bawah. File berformat Excel (.xls) dan lebih mesra pengguna untuk cetakan besar-besaran sebelum ditampal pada dinding. Pengguna juga boleh setting sendiri GTM-Time mengikut lokasi masing-masing. Kalau di Malaysia, setkan seperti dalam gambar di sebelah.


Selamat ber-Euro...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP