Binaan Di Atas Kubah Masjid Nabawi - Kubur Atau Jendela?

>> 15 Jun 2012

Cerita tentang binaan yang didakwa kubur di atas Masjid Nabawi boleh mengejutkan banyak orang. Lepas je aku baca cerita tu melalui email, aku memang semangat untuk kongsikan dalam blog. Selepas menjalankan sedikit kajian, majoriti pendapat menolak kesahihan cerita ini. Untuk mengelak daripada menyampaikan maklumat palsu, aku pun batalkan niat untuk kongsi.

Tak lama selepas cerita kubur di atas Masjid Nabawi menjadi popular, satu email lain telah diterima yang mengatakan cerita tu tidak benar dan dihuraikan seperti di bawah.

Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi.

Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi

Janganlah kita menjaja lagi pendapat-pendapat yang tidak sahih. Pendapat Imam Az-Zabidi tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bida'ah dholalah adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama' menganggap bahawasanya Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta'ala hanya menaqalkan cerita-cerita masyarakat di persekitaran Madinah Al-Munawwarah.

Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela atau pun tutupan kubah yang akan dibuka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri air akan masuk dikala hujan yang nanti akan menyebabkan berlaku kerosakkan bahagian dalam makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w, maka akhirnya ia ditutup. Jadi, cerita mengenai adanya mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah TIDAK BENAR kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi kubah Masjid An-Nabawi.

Dipercayai maklumat ini giat disebarkan pada bulan April yang lalu. Masing-masing yang pernah baca cerita sebelum ini berpuas hati dan persoalan telah terjawab. Samalah macam aku pun. Cuma satu komen di satu blog ini menarik juga untuk dibaca.

Klik gambar untuk pembesaran!

Atau ada yang tahu maklumat lain tentang persoalan ini? Cuba kongsi sikit...

*Kalau nak baca cerita yang dimaksudkan, boleh google sendiri.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP