Beratur Panjang Di Pesta Durian Kota SAS, Pahang

>> 19 Jun 2012

Mesti ramai yang sukakan buah durian. Bagi penggemar durian sekitar Kuantan, hari Ahad bersamaan 17 Jun lepas telah dijalankan satu pesta durian di Kota SAS. Mungkin dianjurkan oleh pihak pemaju untuk memperkenalkan Kota SAS kepada orang ramai. Aku dan beberapa rakan yang lain kali pertama masuk sini. Kawasan 'elit' katakan...


Nak juga merasa suasana pesta durian. Kalau kena bayar sekalipun, kami sanggup je. Nak beli, belum waktu kemuncak durian lagi sekarang. Harga pun mesti payah nak nego. Jadi, ini salah satu inisiatif untuk berjimat cermat sambil melepaskan gian makan durian.

Memang ramai orang yang pergi. Jalan menuju ke lokasi pesta agak sesak. 

Menunggu agak lama hanya untuk parking. Namun, tidak melunturkan semangat kami untuk makan durian.

Bila melihat je suasana pesta yang sebegini, terus hilang semangat jadinya. Siap RELA bagai.



Panjang tu kalau nak beratur. Entah sempat ke tak la. Sampai ke hujung kanopi orang berbaris.

Semata-mata untuk sebiji durian kalau tak silap aku. Semakin ramai yang sanggup beratur, semakin banyaklah durian. Tapi, kami semua tidak segigih itu.

Nasib baik ada kabel. Dapatlah seludup keluar sebiji durian ni.


Dapatlah merasa sikit-sikit seorang. Sebiji tu, kongsi 5 orang. Mana cukup kan. Hampa sebenarnya. Tak sangka macam ni pestanya.

Di kalangan pengunjung, ada yang menggunakan jalan belakang untuk mendapatkan durian. Masing-masing berebut bila ada orang punggah durian untuk diturunkan dari lori. 

Bila diintai ke dalam lori ini, rasa memang tak berbaloi untuk beratur. Macam tak cukup je untuk semua yang tengah beratur bawah kanopi tu.

Dari kejauhan mengharapkan untuk menikmati durian-durian. Seorang sebiji pun jadi dah. Nasib tidak menyebelahi. Pulang hampa sebelum singgah untuk membeli buah durian di tepi jalan. Puas sikit.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP