Berakhir Sudah Liga Blogger Malaya

>> 24 Jun 2012

Liga Perdana Inggeris atau lebih dikenali sebagai EPL telah melabuhkan tirainya pada 13 Mei lepas untuk musim 2011/2012. Jaringan minit akhir permainan membolehkan Manchester City merangkul kejuaraan liga sekaligus meyebabkan Manchester United berduka bersama penyokong-penyokongnya.

Berakhirnya liga tersebut bermakna berakhir juga Liga Blogger Malaya yang telah dimainkan sepanjang musim 2011/2012 ini. Memang dah lama habis, baru teringat nak update pasal liga fantasi ni. Tambah pula musim Euro 2012 sekarang, takut semakin tertunda nanti.

Di bawah, kedudukan 10 teratas para peserta dalam Liga Blogger Malaya. Nasib baik tercapai juga sasaran untuk berada dalam kelompok 10 teratas. Jumlah keseluruhan pasukan yang menyertai liga ini adalah sebanyak 48 pasukan. Kira ok la team aku dapat no. 7 daripada 48.

My team - Kaki Bangku FC di kedudukan ke-7

Statistik team aku. Hanya menjuarai satu liga je. Tapi yang lain nasib baik maintain top 10.

Papepun, terima kasih kepada mereka yang menyertai Liga Blogger Malaya. Akan diteruskan pada musim hadapan pula. Pakat ramai-ramailah join nanti ye. Insyaallah...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP