Bahaya Makan Kepak Ayam

>> 08 Jun 2012

Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.


KISAH BENAR: Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

*sista - (Ubat) ketumbuhan di dlm tubuh atau di bawah kulit yg mengandungi cecair.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Dia bergegas turun ke pakar sakit puan untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia seorang yang kerap memakan kepak ayam, dan dia menjawab ya. Tertanya-tanya bagaimana doktor tahu tabiat makannya. Sebenarnya, pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain sebagai makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita. Ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam. - Informasi Kini

Kisah di atas adalah kisah pertama yang aku pernah baca berkaitan bahaya makan kepak ayam. Sebelum baca kisah ini pun, ada juga dengar nasihat daripada rakan-rakan sepejabat yang mengatakan tak elok makan kepak ayam. Bahagian kepak memang menjadi kegemaran aku sebenarnya sebab tak ada banyak sangat isi yang membuatkan aku muak untuk telan.

Selepas baca kisah ini, aku telah berpindah ke bahagian lain - paha pula menjadi pilihan. Harapnya jangan pula paha ayam turut disuntik-suntuk lepas ini. Nak ngap bahagian apa aku lepas ini. Ku sangka steroid untuk buat badan ketul-ketul tu je. Pada ayam pun diguna pakai.

Apa yang korang pernah dengar pasal kepak atau ada yang panggil sayap ayam? Cuba kongsi sikit...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP