Solat Berjemaah Dalam Air

>> 10 Mei 2012

JEDDAH: Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berkata mereka berjaya membina sebuah masjid di bawah air baru-baru ini dan bersolat di dalamnya. Masjid pertama dalam sejarah pernah dibina di dalam air.

Penyelam bersolat jemaah di masjid pertama bawah air yang mereka bina.

Akhbar harian Almadina melaporkan, penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik besar yang diisi pasir untuk membina masjid di kawasan perairan di barat laut Tabuk dan berhampiran sempadan Jordan. Seorang penyelam, Hamadan bin Salim Al Masoudi, berkata seorang rakannya mendapat idea untuk membina masjid berkenaan pada musim panas lalu dan mereka mengambil keputusan untuk melakukannya.

"Masjid ini adalah satu simbolik untuk menjelaskan bahawa walau di mana sekalipun kita berada, kewajipan solat hendaklah ditunaikan," katanya.

Al Masoudi berkata, pembinaan masjid itu selesai ketika waktu Zuhur dan beliau bersama rakannya segera menunaikan solat Zuhur berjemaah. – Berita Harian Online

Pada penghujung tahun 2010, entri yang lebih kurang serupa pernah dikongsi dalam blog ini. Gambar-gambar yang menunjukkan seorang penyelam bersolat di dalam air. Bezanya dengan situasi di atas, penyelam tersebut sedang bekerja di tengah laut. Kekangan masa dikatakan menjadi penyebab dia bersolat di dalam air. Boleh baca dan lihat gambar dalam entri Sembahyang Dalam Air.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP