Family Day 2012: Swiss Garden Resort & Spa Kuantan

>> 14 Mei 2012

Tanggal 4 dan 5 Mei lepas, semua tenaga kerja PRW bahagian Pantai Timur (Kuantan dan Kerteh) dijemput untuk meyertai 2012 ECO Family Outing & Annual Dinner yang dijalankan di Swiss Garden Resort & Spa, Kuantan, Pahang. Dekat sangat tempatnya dengan pejabat dan rumah sewa aku. Jadi, tak berapa nak feel sangatlah weh. Namun, itu bukan penghalang kepada kami semua untuk menghadirkan diri.


Aku dan teman serumah bertolak ke lokasi program selepas solat Jumaat. Perjalanan mengambil masa tak sampai 15 minit. Sebelum ini pun, banyak kali lalu depan Swiss Garden ni. Cuma, memang bukan tempat kami nak masuk suka-suka tanpa penajaan. Tunggu event macam ni baru boleh merasa.

Boleh tahan jugalah tempat ni.

Ketibaan dan pendaftaran para paserta.

Suasana dalam bilik.

Antara tugasan awal para ibu bapa adalah menemani anak mereka mandi kolam. Program rasmi belum bermula lagi.

Antara acara terawal - bola tampar pantai. Sempat juga main sekejap walaupun tak pandai.

Persedian pihak Swiss Garden untuk acara makan malam. Ini sebenarnya acara yang membuatkan aku semangat nak pergi. Nak rasa makanan hotel.

Kali pertama acara makan-makan yang disertai dilakukan di kawasan terbuka. Sebelum ini, semuanya dalam dewan kecuali kenduri kahwin orang-orang kebanyakan macam aku. Pada awalnya, semua berjalan lancar.

Penantian siang ke malam pun tiba.

Lewat petang, hujan mula turun. Lebat juga rasanya, siap guruh dan petir bagai. Bayangkan, meja dan kerusi yang disusun sebelum ini ada yang ditempatkan bukan di bawah kanopi. Bila dah hujan, meja dan kerusi tu dipindahkan di bawah kanopi. Kalau tak, siapalah nanti nak duduk makan kat situ.

Padat giler jadinya.

Macam kenduri kahwin sudah. Hilang prestij Annual Dinner.

Sek-sek orang atasan PRW.

Meja makan malam aku yang ditetapkan di atas kertas.

Tema untuk dinner ini ialah RETRO. Aku yang paling tak retro tu.

Kebanyakan mereka menjadi perhatian banyak mata apabila tiba. Aku pun menumpang sikit-sikit perhatian mereka tu.

Acara beratur untuk mengaut pun bermula. Sate menjadi pilihan.

Pengacara majlis yang tak berapa nak menjadi - Jalil Hamid.

Macam biasa, sambil makan sambil mencabut nombor bertuah. Nombor aku tak naik untuk event kali ni.

He is my engineer and he won the title for paling retro.

Barisan mereka yang menang dengan tema retro mengikut kategori.

Lagi gambar-gambar mereka yang bajet retro:





Majoriti hadirin pakat bangun selepas pengumuman cabutan bertuah terakhir diumumkan. Nak tunggu apa lagi kalau tak ada hasil kan? Aku pun terus mengundurkan diri dari tempat kejadian.

Program bersambung pada keesokannya - 5 Mei. Banyak aktiviti sukaneka yang dijalankan masa tu. Tapi aku tak terlibat satu pun sebab malas nak menunggu lama-lama kat situ.




Inilah aktiviti aku semasa orang lain seronok bersukaneka. Tambah pula orang tak berapa ramai dalam kolam masa tu. Berani untuk terjun.

Bagi aku, tempat dah sesuai untuk buat event macam ni. Makanan hotel seperti yang diharapkan hampa ma. Tak macam di Bukit Tinggi, The Zenith Hotel dan Lake Kenyir Resort. Menunggu untuk Sports Day pula lepas ni.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP