Review Battleship: Perang Antara Manusia Dan Alien Berjari Empat

>> 15 April 2012


Dapat juga tengok cerita ni. Nasib baik beli tiket awal, kalau tak 2 jam kena mendongak kepala sambil makan bertih jagung. Gayanya, ramai orang memilih untuk menonton cerita ni. Mungkin sebab maklum balas positif daripada membe terdekat yang dah tengok. Samalah macam aku. Jadi dengki bila ada membe update status di facebook. Tambah pula ada blog, terbaca juga beberapa review filem battleship dalam beberapa blog. Bertambah ghairah untuk tengok dan review dalam blog INI paling mengghairahkan aku.

Agak konfius juga masa nak beli tiket. Apalah beza gambar 2D dengan gambar biasa. Harga pun lari seringgit je. Ikutkan nak pilih 2D, tapi kekosongan kerusi yang ada masa tu agak mendukacitakan. Terus beli yang biasa.


Keseluruhannya, filem ini menarik untuk ditonton. Macam filem alien lain, teknologi mereka mesti canggih-canggih. Cuma mereka bukan hero, canggih macam mana pun teknologi yang mereka ada, tidak mampu untuk mengalahkan si hero dan konco-konconya. Sudah menjadi adat, alien akan kalah dalam perang dengan manusia.

Oleh itu, jangan pelik jika sebuah kapal perang tentera laut boleh melumpuhkan kapal alien yang berganda-ganda saiznya. Cuma fokus dalam cerita ni lebih kepada 2 buah kapal je, USS John Paul Jones dan USS Missouri. Itu pun bukan digunakan pada masa yang sama. Kalau dilibatkan lebih banyak kapal untuk serang alien serentak, lagi meriah rasanya suasana di laut tuh. Mungkin babak tu disimpan untuk filem sekuel lepas ni. Terlepas scene akhir dalam cerita ni. Nak keluar cepat punya pasal.

gbsfbs
Selain dapat melihat lakonan Brooklyn Decker yang 'sasa', satu lagi watak menarik dapat dilihat. Dia ialah Gregory D. Gadson yang kehilangan kedua-dua belah kakinya dalam perang Iraq 2007. Kira kaki palsu tu bukan lakonanlah. Betul-betul punya.


Orang kabo filem ni macam adaptasi daripada game. Aku pun ingat-ingat lupa pasal game Battleship ni. Tak mustahil game lagenda Nokia - SNAKE, akan diangkat menjadi sebuah filem. Tunggu je la...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP