Pusat Dobi Layan Diri

>> 11 April 2012

Aku dalam proses menghabiskan sisa-sisa hidup aku di rumah sewa sekarang ini sampai hujung bulan. Awal bulan depan, aku akan masuk rumah sewa baru selepas sekian lama mendapat tawaran daripada officemate lain untuk join rumah mereka. Jarak dengan tempat kerja berganda-ganda dekat dan sewa rumah pun semakin murah sebab lebih ramai yang duduk di situ berbanding rumah sewa sekarang.

Dobi Layan Diri Smart Laundry Concept

Sebagai kenangan menyewa di rumah sekarang ini, aku nak cerita aktiviti mingguan yang wajib dilakukan. Kalau tak buat, tak ada la persalinan aku untuk ke office. Setiap hujung minggu, ke sinilah destinasi yang dituju - DOBI. Awal-awal dulu tak tahu pun kewujudan tempat ini. Kalau aku nak dobi, aku hantar kedai dobi biasa je. Dari awal sampai habis, pihak kedai yang setelkan.

Pernah guna masa di asrama dulu tapi mesin basuh menggunakan syiling macam ni tak tahan lama. Jakun sangat kot masa tuh.

Berbeza dengan kedai ini, sebab dari awal sampai habis aku kena setelkan sendiri. Sebuah kedai dobi layan diri yang menggunakan duit syiling untuk beroperasi. Kena korbankan masa untuk menunggu sikitlah. Jangan pergi masa puncak sudah, memang kena beraturlah nanti. Lebih sejam masa menunggu diperlukan untuk menggunakan mesin basuh dan kering. Itupun kalau tak perlu beratur.

Salah satu sebab utama aku pilih kedai ini berbanding kedai dobi biasa sudah tentu harganya yang jauh lebih murah. Area Kuantan yang aku tinggal sekarang ini, majoriti kedai dobi mengenakan bayaran sekitar RM 3 untuk sekilogram, cuci dan kering. Kurang-kurang seminggu tuh, 3-4 kilo gak kot. Itu kurang-kurang, kalau lebih-lebih?

Di sini aku tak perlu bimbang sebab sekali penggunaan mesin basuh hanya RM 3.50 (cucian maksima 9 kg) dan RM 2.50 (cucian maksima 7 kg). Kalau mesin untuk kasi kering pula, minima RM 3 diperlukan.

Mesin basuh: RM 3.50 sekali guna (30 minit), cucian maksima 9 kg.

Mesin basuh untuk cucian maksima 7 kg lebih kurang gini juga rupanya. Cuma yang ini, cucian maksimanya 9 kg. Silap ambil gambo.

Mesin kering: RM 3 sekali guna (30 minit), maksima 9 kg.

Kalau rasa masih tak kering, boleh tambah syiling sebelum proses pengeringan berakhir. Buka je pintunya tanpa ragu-ragu untuk merasai status kekeringan.

Beroperasi 7 hari seminggu. Lokasinya di Indera Mahkota (IM). Tak pasti IM berapa sebab sampai sekarang pun aku konpius pasal IM ini. IM yang belakang rumah sewa aku pun, aku tak tahu IM berapa.

Antara kemudahan yang disediakan. Kalau tak ada TV ini memang naya rasanya. Masing-masing akan pandang mesin. Ternampak pula macam-macam pesen dan kaler dalam tu. Dengan adanya TV, tak ada la meliar sangat mata memasing. haha...

Kali pertama datang dobi di sini, aku tak ada syiling. Sanggup pergi tukar di 7-e berdekatan. Beli singgit, bayar sepuloh. Nak syiling punya pasal. Padahal kat situ pun boleh tukar syiling. Siap ada jual sabun lagi.

Aku memang malas nak basuh sendiri (teknik berusan tangan). Apa lagi nak beli mesin basuh. Pernah plan, tapi sebab macam tak nak duduk lama, aku tak beli. Rumah sewa akan datang ada mesin basuh. Tak jengah dah la sini. Lagi pun, berganda-ganda jauh kalau aku nak ke sini lagi nanti.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP