Kanzi - Tukang Masak Penuh Bulu

>> 10 April 2012

Kanzi ialah seekor cimpanzi jantan yang dilahirkan pada 28 Oktober 1980. Ia merupakan salah seekor daripada lapan bonobo dalam penjagaan Dr Sue Savage-Rumbaugh, salah seorang pakar terkemuka dunia dalam tingkah laku dan bahasa beruk. Kisah berikut menunjukkan kebolehan Kanzi untuk menghidupkan api dan memasak di bawah pengawasan Dr Savage-Rumbaugh.

Kanzi - Tukang Masak Penuh Bulu

Perjalanan Kanzi yang ditemani Dr Savage-Rumbaugh bermula untuk ke satu destinasi 'perkelahan'. Ia mencari beberapa kayu kering dan mematahkannya pendek-pendek supaya mencapai ukuran sesuai seperti yang dilakukan oleh manusia.

Kayu yang telah dipatahkan dibawa ke tempat yang sesuai untuk dijadikan unggun api. Kemudian disusun rapi bersama dedaun kering untuk dibakar.

Kanzi menggunakan mancis untuk menghidupkan api dengan berhati-hati untuk memastikan dirinya tidak terbakar. Ia tidak duduk terlalu dekat untuk memastikan api itu menyala dan akan melontar kayu untuk menambah dari jauh.

Kanzi ghairah untuk memulakan barbeku dengan menempatkan gril di atas api. Kemudian ia meletakkan kuali sebagai persediaan memasak beberapa hidangan kegemarannya.

Menikmati hidangan yang telah dimasak. 

Tiba giliran marshmallow pula untuk dipanggang. Ia dicucuk pada sebatang ranting dan dipegang Kanzi tidak terlalu rapat dengan api supaya tidak hangus. Apabila cukup masa, ia disuap ke dalam mulutnya.

Inilah cimpanzi yang paling pintar di Great Ape Trust, Iowa. Komunikasi antara Kanzi dengan para pengkaji menggunakan simbol-simbol tertentu. Ia sudah belajar kira-kira 500 perkataan dan memahami 3000 perkataan yang dituturkan. Sudah tentunya bahasa Inggeris.


Video Kanzi

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP