30 Kematian Pemain Bola Sepak Di Atas Padang (Part 2)

>> 07 April 2012


Dalam siri kedua ini pula, 10 lagi pemain bola sepak yang meninggal dunia disebabkan sukan bola sepak akan dikongsi dengan para pembaca. Beberapa kisah pemain dalam siri ini turut disertakan dengan rakaman video saat-saat akhir mereka di atas padang.

11. Samuel Okwaraji (12 Ogos 1989)

Samuel Sochukwuma Okwaraji, 25, ialah salah seorang pemain skuad kebangsaan Nigeria. Apa yang menarik, beliau juga ialah seorang peguam berkelayakan yang mempunyai ijazah sarjana dalam undang-undang antarabangsa dari University of Rome. Dia rebah lalu meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada minit ke-77 semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Angola di Lagos National Stadium di Surulere, Lagos pada 12 Ogos 1989.

12. Andrés Escobar (2 Julai 1994)

Andrés Escobar Saldarriaga (13 Mac 1967 - 2 Julai 1994), digelar sebagai "The Gentleman of Football" ialah seorang pemain bola sepak Colombia yang ditembak mati di Medellin. Banyak pihak percaya punca utama dia dibunuh kerana jaringan gol sendiri semasa Piala Dunia 1994 yang kononnya menyebabkan beberapa tokan besar dadah kalah dalam pertaruhan.

Video jaringan gol sendiri Andrés Escobar

13. Hedi Berkhissa (4 Januari 1997)

Hedi Berkhissa, 24, ialah pemain bola sepak Tunisia yang bermain untuk Espérance dan pasukan kebangsaan Tunisia sebagai pertahanan kiri. Pada 4 Januari 1997, dalam perlawanan persahabatan antara Esperance dan kelab Perancis, Olympique Lyon di Stade Chedli Zouiten, Berkhissa mengalami serangan jantung di atas padang pada minit-minit terakhir permainan dan meninggal dunia.

14. Robbie James (18 Februari 1998)

Robert "Robbie" Mark James, 40, ialah seorang pemain bola sepak antarabangsa Wales yang bermain untuk banyak kelab termasuk Swansea City, Stoke City dan Queens Park Rangers. Beliau mewakili negaranya dalam 47 perlawanan sepanjang tempoh sepuluh tahun dan menjaringkan sebanyak 7 gol antarabangsa. Kelab terakhir yang disertainya ialah Llanelli di mana beliau telah rebah lalu meninggal dunia dalam perlawanan menentang Porthcawl pada 18 Februari 1998.

15. Eri Irianto
(2 April 2000) 
Pemain bola sepak negara jiran, Eri Irianto, 26, ialah pemain bola sepak Indonesia yang bermain untuk Persebaya Surabaya. Beliau meninggal dunia pada 3 April 2000 selepas rebah di atas padang akibat serangan jantung semasa perlawanan liga menentang PSIM Yogyakarta di Gelora 10 November Stadium @ Stadion Gelora 10 Nopember. Kini, stadium ini juga dikenali sebagai "Wisma Eri Irianto". Semasa beraksi, beliau memakai jersi bernombor 19 yang tidak lagi diberikan kepada pemain lain selepas kematiannya.

16. Catalin Hildan (5 Oktober 2000)

Catalin Hildan, 24, ialah seorang pemain bola sepak Romania yang bermain untuk Târgovişte dan Dinamo Bucureşti @ Dinamo Bucharest selain 8 penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Romania. Beliau meninggal dunia pada 5 Oktober 2000 dalam satu perlawanan persahabatan antara Dinamo dan FC Olteniţa selepas mengalami serangan jantung dan rebah pada minit ke-74 permainan. Ruang penonton di arah utara Stadium Dinamo dinamakan "Peluza Cătălin Hîldan" (Cătălin Hîldan Stand) untuk menghormati kematian beliau. Beliau digelar "The Only Captain" oleh penyokong Dinamo dan sorakan "The Only Captain" itu dilaungkan oleh para penyokong dengan penuh hormat dan bangganya.

17. Hernán Gaviria (24 Oktober 2002)

Hernán Gaviria Carvajal, 32, ialah seorang pemain bola sepak Colombia yang bermain sebagai pemain tengah. Gaviria meninggal dunia pada 24 Oktober 2002 apabila beliau dan rakan sepasukan, Giovanni Córdoba disambar kilat semasa sesi latihan bersama Deportivo Cali. Beliau dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian sementara rakan sepasukannya, Córdoba meninggal dunia tiga hari kemudian.

18. Marc-Vivien Foé (26 Jun 2003)

Marc-Vivien Foé, 28, ialah pemain bola sepak antarabangsa Cameroon yang disenaraikan dalam skuad kebangsaan untuk Piala Konfederasi FIFA, kejohanan yang dimainkan antara juara benua. Beliau bermain semasa kemenangan menentang Brazil dan Turki dan direhatkan untuk perlawanan menentang Amerika Syarikat di peringkat kumpulan. Pada 26 Jun 2003, Cameroon bertemu Colombia dalam peringkat separuh akhir yang diadakan di Stade de Gerland di Lyon, Perancis. Pada minit ke-72 perlawanan, Foé rebah dalam bulatan di tengah padang dengan tiada pemain lain di sekitarnya. Selepas percubaan untuk memulihkannya di atas padang, beliau telah diusung keluar. Walaupun beliau masih hidup apabila tiba di pusat perubatan stadium, Foé meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Semasa mewakili negaranya ketika itu, Foé sedang dipinjamkan ke Manchester City dari Olympique Lyon. Jersi bernombor 23 yang dipakai Foé di City tidak lagi dikeluarkan. Begitu juga jersi bernombor 17 yang pernah dipakai Foé di Lyon sebelum kemasukan rakan senegaranya selepas itu, Jean Makoun yang memilih nombor 17 sebagai memperingati Foé untuk dirinya dan seluruh rakyat Cameroon.

Video saat-saat akhir Marc-Vivien Foé

19. Miklós Fehér (25 Januari 2004)

Miklós "Miki" Fehér, 24, ialah seorang pemain bola sepak Hungary yang berfungsi sebagai penyerang. Pada 25 Januari 2004, Feher meninggal dunia akibat masalah jantung semasa perlawanan antara Vitória de Guimarães dan pasukannya, Benfica di Guimarães, Portugal. Kematian beliau boleh dikatakan antara yang paling mendapat perhatian umum kerana adanya rakaman video saat-saat beliau rebah di atas padang.

Video saat-saat akhir Miklós Fehér

20. Serginho (27 Oktober 2004)

Paulo Sérgio Oliveira da Silva, 30, atau lebih dikenali sebagai Serginho, ialah seorang pemain bola sepak Brazil. Beliau bermain untuk São Caetano sebagai seorang pertahanan. Kematiannya disebabkan kegagalan jantung pada 27 Oktober 2004, hari perlawanan menentang São Paulo.

Video saat-saat akhir Serginho

Bersambung dalam:
Baca juga:

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP