Video Blooper Astro Awani Masuk The Ellen Show

>> 11 Mac 2012

Mesti ramai yang dah tengok satu video pasal 'keterlanjuran' seorang kru Astro Awani masuk ke set berita yang sedang bersiaran langsung. Video "when a guy walks onto a LIVE news set" yang dimuatnaik di YouTube kini telah diprivasikan oleh pemilik akaun video tersebut. Mungkin kerana isu hak cipta atau sebagainya.

Itu bukan penghalang untuk kita menonton insiden itu kembali kerana ianya telah dikongsi dalam sebuah rancangan bual bicara popular, The Ellen DeGeneres Show. Tak percaya, tengoklah video di bawah ini. Aku tahu ni pun setelah dikongsi dalam nurizspace. Tq sis!


I don't know what language that was, but apparently there words "on air" or exactly the same..."ON AIR"

Lebih kurang macam tu lah apa yang dia cakap kan? Betulkan aku kalau salah. Insiden yang berlaku ini memang kelakar tapi jangan nak kutuk lebih-lebih sangatlah. Kesilapan boleh berlaku bila-bila masa, cuma malang kepada Haris (entah nama betul ke tidak) sebab berlaku pada dia masa tu. Blooper yang lebih kurang serupa pun banyak jadi pada orang lain.

Ramai rakyat Malaysia yang komen video The Ellen Show ini di YouTube. Antaranya seperti di bawah ini;

Proud to be Malaysian!!! hehe...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP