Sambungan Kisah Mayat Berjalan Di Toradja, Indonesia

>> 20 Mac 2012

Aku rasa ramai yang pernah baca kisah mayat berjalan pulang di Toradja, Indonesia. Aku pun pernah kongsi pasal tu sebelum ni. Cuba cek entri Mayat Berjalan Pulang ni. Ada satu gambar je dalam tu. Tapi, baru-baru ni aku ada dapat maklumat baru pasal mende ni. Bagusnya, sebab banyak gambar. Tak payah susah-susah nak mencari.

"Di Indonesia, mayat-mayat pergi ke kubur dengan sendirinya". Berbeza dengan entri sebelum ini yang mengatakan mayat berjalan pulang dari kubur, sumber yang ini pula mengatakan mayat berjalan pergi ke kubur. Mana satu nih? Layankan dulu...


Satu sebab yang diberikan ialah kerana tanah perkuburan terletak jauh di pergunungan. Jadi, penduduk tempatan telah menggunakan sejenis ilmu hitam untuk merealisasikan amalan ini.


Mayat si mati yang berdiri sendiri tanpa bantuan orang lain, dan di belakangnya adalah tukang sihir. Tak bergaya langsung tukang sihir ni.


Satu syarat yang perlu dipatuhi - tiada sesiapa yang boleh menyentuh tubuh mayat kerana ia akan menyebabkan mayat rebah dan tidak akan bangun lagi. Habis tu, apakah yang sedang dilakukan oleh lelaki ini? Mungkin tukang sihir dikecualikan.

Antara penulisan yang boleh dibaca mengenai amalan ini:

Cerita mayat berjalan sudah ada sejak dahulu kala. Ratusan tahun yang lalu konon terjadi perang saudara di Tana Toraja yakni orang Toraja Barat berperang melawan orang Toraja Timur...

Fenomena "mayat berjalan" itu saya sendiri pernah menyaksikannya secara langsung. Kejadian tersebut terjadi sekitar tahun 1992 (saya baru kelas 3 SD). Pada saat itu, di desa saya ada seorang bernama Pongbarrak yang ibunya meninggal... - sambung baca di Onesimus

Ceh...3 keping gambar je boleh guna. Ingatkan banyak sangat tadi. Lepas baca baru tahu, yang lain tu gambar untuk cerita lain sudah. Kalau ada maklumat tambahan silalah maklumkan. Mana tahu, gambar-gambar ini sekadar untuk pengambaran filem Sundel Bolong yang baru ke. Tak pasal-pasal kena tipu. haha...

2 komen:

Unknown 2:24 PG, Februari 17, 2016  

itu mmg perna berlaku di kpg bp sy itu mmg ada cuma skrg dah tak ada yg mengunakan ilmu hitam itu lg

Unknown 2:28 PG, Februari 17, 2016  

itu mmg perna berlaku di kpg bp sy itu mmg ada cuma skrg dah tak ada yg mengunakan ilmu hitam itu lg

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP