Ular Sawa Mangsa Main Tarik Tali Harimau Bintang

>> 28 Februari 2012

Seekor ular sawa malang sepanjang dua meter dipergunakan sebagai 'tali' selepas ditangkap oleh seekor harimau bintang betina.

harimau bintang makan ular sawa

Kisahnya bermula apabila seekor harimau bintang jantan yang lebih muda datang untuk merampas hasil tangkapan si betina. Si jantan merampas dengan menggigit kuat salah satu hujung ular tersebut. Bahagian ekor atau kepala tidak dapat dipastikan. Apa yang pasti, kedua-dua bahagian masing-masingnya telah digigit oleh dua ekor harimau bintang yang tamak ini. Perebutan berlangsung selama setengah jam di tengah hutan simpan Afrika Selatan.

harimau bintang makan ular sawa

Perebutan kejam itu hanya berakhir apabila si betina mengalah, manakala si jantan yang juga anak kepada si betina menikmati habuannya. Habuan yang dimiliki tidak banyak terjamah kerana tidak memenuhi cita rasa si jantan. Senario ini dirakamkan oleh seorang jurugambar Amerika, Josh Scheinert. - Finding Africa

harimau bintang makan ular sawa

Mati percuma ular sawa tu. Jadi stok lepas gian semata-mata.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP