Puak Pribumi Ini Dilayan Seperti Haiwan Dalam Zoo

>> 10 Februari 2012

Media British melaporkan puak pribumi di Kepulauan Andaman di India telah dilayan seperti haiwan di dalam zoo untuk dipertontonkan kepada pelancong. Mereka perlu menari dan menyanyi kepada pelancong sebelum diberikan makanan.


Pihak pemerhati mendedahkan sebuah klip video tidak bertarikh yang memaparkan wanita Jarawa di Kepulauan Andaman dilayan seperti haiwan. Masalah lebih buruk apabila pihak polis tempatan disogok supaya tidak mengambil sebarang tindakan kepada para pelancong. Pada asalnya, pihak polis bertanggungjawab menghalang aktiviti tidak bermoral ini. Salah satunya dengan tidak membenarkan pelancong mengambil gambar puak pribumi kerana mereka mudah dipergunakan apabila pelancong menawarkan makanan kepada mereka.


Tewas dengan sogokan lingkungan 15,000 Rupee (lebih kurang RM 900) tidak termasuk sogokan kepada pemandu pelancong, mereka kemudian mengarahkan kaum wanita ini menari dan menyanyi untuk menghiburkan pelancong. Kebanyakan mereka tidak berpakaian dan berbogel sekeringnya. Sebagai balasan, para pelancong akan melontar makanan seperti pisang dan biskut.


Gambar-gambar ini menarik perhatian organisasi perlindungan hak asasi manusia dan beberapa orang ahli politik. Mereka sangat mengutuk perlakuan sebegini. V. Kishore Chandra Deo yang bertanggungjawab bagi hal ehwal pribumi memberitahu kepada Press Trust of India bahawa perkara ini telah disiasat.


Walau bagaimanapun, Justin A, seorang ahli antropologi yang bekerja di Kepulauan Andaman mempersoalkan waktu semasa rakaman video diambil. Justin berkata, penduduk di sini mungkin akan dibelenggu perkara yang sama seperti dipaksa menghiburkan pelancong untuk mendapatkan makanan sebelum tsunami melanda Lautan Hindi pada tahun 2004. Tambahnya lagi, ramai penduduk tidak berpakaian sejak 6 atau 7 tahun yang lalu tetapi mereka mula berpakaian di tempat awam sekarang.

Tetapi, pihak pemerhati mempertahankan masalah ini. Wartawan akhbar telah menyaksikan pelancong melontar pisang dan biskut kepada puak pribumi umpama berada di pameran "zoo" manusia. Dan peniaga tempatan juga memberitahu wartawan bahawa sesiapa sahaja boleh menikmati "hiburan" sebegini jika merasuah polis dengan jumlah wang tertentu.




Kedudukan Kepulauan Andaman atau Andaman Islands di dalam peta boleh dilihat dalam gambar di bawah.

Tak jauh mana sangat dengan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, boleh sambung baca di Mail Online. Ada sekali video dalam tu.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP