Nasib Md Rahim Jatim Yang Menghidap Penyakit Misteri

>> 19 Februari 2012

Kali pertama aku tahu berita ni masa cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Ada terselit dalam berita di TV9. Memang terkejut dengan apa yang disampaikan pemberita masa tu. Seorang rakyat Malaysia menghidap sejenis penyakit kulit 'misteri'. Ditambah dengan adanya visual, memang sedih tengok keadaan beliau. Aku dah cuba mencari klip video pasal ni dalam internet tapi tidak ketemuan.

Tapi, aku dah masukkan petikan-petikan akhbar yang sudah menyiarkan berita mengenai kes tersebut. Untuk pembacaan lanjut, klik link yang disertakan. 

MARANG – "Tolonglah bantu bapa saya, dia ingin untuk berjalan normal semula," demikian permintaan seorang anak, Mohd Amirul Md Rahim, 19, yang merayu simpati orang ramai demi menamatkan penderitaan ditanggung bapanya sejak lima tahun lalu.


Bapa Mohd Amirul, Md Rahim Jatim, 57, dari Kampung Jerung Seberang, Pengkalan Berangan di sini, sebelum ini menderita penyakit kulit misteri, dan kini terpaksa pula berkerusi roda selepas kaki kirinya cedera ditimpa sebatang pokok lima tahun lalu. - sambung baca di Sinar Harian

MARANG – "Malam tadi saya bermimpi lagi dapat berjalan semula. Setiap kali perkara itu berlaku saya akan bangun perlahan-lahan dan duduk untuk mengingati semula mimpi yang diharap dapat jadi kenyataan itu," kata Md Rahim Jatim, 57.


Md Rahim ketika ditemui semalam, berkata, dia me­ngalami lagi mimpi dapat berjalan semula selepas kunju­ngan Sinar Harian di rumah keluarga itu kelmarin. Malah hasrat dan kisah hidupnya itu turut dikongsi bersama pembaca akhbar ini. - sambung baca di Sinar Harian

MARANG: Penderitaan yang dialami Md Rahim Jatim, 57, mengundang perasaan gerun dan simpati orang ramai yang melihat tubuhnya dipenuhi benjol kecil dan besar sejak 32 tahun lalu.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, nasibnya yang menghidap penyakit misteri itu bertambah malang apabila terpaksa berkerusi roda selepas kaki kirinya cedera ditimpa sebatang pokok getah ketika membersihkan kawasan hutan lima tahun lalu.

Menurutnya, dia berhasrat menemui doktor pakar saraf sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta untuk mengubati penyakitnya, namun terbantut kerana berdepan kekangan kewangan selain kecederaan kaki yang membataskan pergerakannya.

Katanya, benjol kecil dan besar yang memenuhi badannya membataskan pergerakannya sejak berpuluh tahun lalu, namun sejak beberapa bulan lalu, keadaan berubah baik sedikit apabila kakinya pulih daripada kecederaan. - sambung baca di myMetro

Selama 32 tahun Md Rahim menderita penyakit kulit misteri. Lebih malang, beliau tidak dapat berjalan akibat kaki kirinya cedera dihempap pokok 5 tahun yang lalu. Mula-mula aku salah faham dengan berita ni. Aku ingatkan beliau mendapat penyakit ni selepas dihempap pokok.

Nasib yang lebih kurang sama turut dialami oleh seorang warga Indonesia, Chandra Wisnu. Tidak dapat dipastikan samada penyakit mereka berdua ini betul-betul sama atau tidak. Daripada pemerhatian aku, keadaan kulit mereka sama sahaja. Cuba perhatikan...

JAKARTA: Kulit lelaki ini dipenuhi dengan ketumbuhan hingga dia dikenali sebagai Lelaki Buih.


Chandra Wisnu, 57, mungkin satu-satunya (Apakah? Ayat nak sedap je!) lelaki di dunia ini yang menghidap penyakit kulit yang jarang berlaku apabila tubuhnya ditumbuhi dengan benjolan besar seperti buih. Bapa empat anak dari Indonesia itu jarang sekali meninggalkan kediamannya dan apabila dia berbuat demikian, dia terpaksa menutup mukanya dan memakai cermin mata hitam kerana bimbang diejek atau menakutkan orang lain. Jangkitan ketumbuhan mula tumbuh di wajah Chandra ketika dia berusia 19 tahun.

Apabila meningkat usia 24 tahun, jangkitan itu sudah merebak ke belakang badannya dan ketika dia berusia 32 tahun, ia sudah menutupi seluruh tubuhnya. Pada peringkat awal jangkitan, ibu bapa Chandra membawanya berjumpa beberapa doktor dan pakar sakit kulit yang bingung dengan keadaan penyakitnya yang teruk itu. Dia diberitahu keadaan itu berpunca daripada pengaruh genetik dan mungkin disebabkan oleh sistem saraf yang tidak normal hingga membawa kepada tumor yang tidak berbahaya pada kulit atau tulang. - sambung baca di myMetro

Chandra Wisnu bersama 2 orang anaknya.

Dalam entry 15 Penyakit Ganjil Di Dunia, terdapat satu penyakit yang menunjukkan keadaan yang sama seperti di atas, NEUROFIBROMATOSIS. Ia adalah keadaan dimana seluruh permukaan tubuh badan akan membentuk kulit lebih yang banyak atau lebih dikenali sebagai tumor. Kebiasaannya, Neurofibromatosis disebabkan oleh faktor genetik ibu dan bapa yang mengalami gangguan, lantas mengakibatkan sehingga 50% untuk si anak mengidapinya (wikipedia). - huraian daripada Pe-Ta-Nge

Kalau tak silap aku, ibu Md Rahim pun menghidap penyakit kulit yang sama. Dan mungkin pengaruh genetik menyebabkan beliau menghidap penyakit ini. Sama seperti Chandra, dua orang anaknya juga mula menghidap penyakit ini.

Dalam semua petikan akhbar di atas, tiada satu pun yang menyebut secara spesifik akan penyakit yang dihidapi oleh Md Rahim atau Chandra. Betul-betul penyakit misteri atau hanya mengambil kesempatan daripada tarikan perkataan 'misteri' itu?

Beberapa jam sebelum entri ini ter-publish, baru aku jumpa fakta yang dicari. Andaian yang dibuat sebelum ini betul.

KUALA TERENGGANU: Penyakit misteri dihidapi Md Rahim Jatim, 57, bukanlah perkara pelik, tetapi sebenarnya berpunca daripada faktor genetik atau keturunan.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Omar berkata, penyakit dikenali sebagai `Neurofibromatosis’ yang membabitkan jangkitan saraf di dalam badan tidak misteri seperti diperkatakan. - sambung baca di myMetro

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP