Highlight : Manchester United 2-0 Stoke City (EPL)

>> 01 Februari 2012

Perlawanan liga selepas kekalahan kepada Liverpool dalam Piala FA hujung minggu lalu. Namun, Man Utd tetap menang dengan 2 jaringan kedua-duanya daripada sepakan penalti. Lebih membanggakan, United kini berkongsi mata dengan pendahulu liga sebelum ini selepas Man City tewas kepad Everton.

Darron Gibson yang sebelum ini bersama United telah berpindah ke Everton semasa musim perpindahan Januari baru-baru ini telah menjaringkan gol kemenangan Everton. Terima kasih Gibson. haha...

Sorotan perlawanan seperti di bawah;


Jendela perpindahan pemain berakhir pada malam 31 Januari semalam. Boleh dilihat sebagai musim perpindahan yang kurang menarik. Mungkin sebab City takde beli bintang baru. Tapi pencabar lain seperti QPR tetap ber-shopping sakan. Harap membuahkan hasil. Boleh juga bola sepak Malaysia tumpang gembira nanti...

Berikut keluar masuk pemain Manchester United untuk perpindahan Januari yang telah berakhir; 

Sumber: Official Man Utd Website
Berbatov yang sebelum ini menjadi sasaran beberapa kelab masih kekal di United. Kesian beliau. Kalau selalu dapat main takpe. Nasiblah, janji gaji masuk sokmo.

Frederic Vaseli, pemain muda dari Manchester City mengikat kontrak bersama United selain kembalinya semula otai, Paul Scholes.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP