Buffered Earnings Nuffnang Paling Kool

>> 27 Februari 2012

Ini cerita pasal buffered earnings a.k.a BE blog aku. Sebenarnya sudah lama blog ini tidak menikmati BE. Lebih 3 bulan rasanya. Langsung membantutkan impian aku untuk cash out ganjaran dalam akaun nuffnang buat kali pertama. Berkat kesabaran menanti, tiba-tiba ada satu kempen masuk blog aku. Sudah lebih seminggu dah ni. Harapnya lama lagilah kempen ni bermain dalam blog ni.

Sejak hari kejadian, setiap hari aku nak masuk website Nuffnang sebab nak tengok berapa sen yang naik. Alhamdulillah, banyak ni yang telah terkumpul setakat ni...

Ce klik kiri!

Dalam banyak-banyak kempen yang pernah masuk, kempen yang ini la paling masyuk setakat ni. Terima kasih Nuffnang. Bukan niat nak menunjuk sangat. Ramai lagi yang boleh dapat lebih daripada tu. Sekadar perkongsian yang blog tak seberapa pun boleh kaut duit. Siapa tak nak duit free kan?

Aku belum pernah cash out lagi. Gayanya macam lama kena tunggu untuk cek sampai. Kena buat awal-awal la gamaknya.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP