Trex Pun Ada Burung

>> 31 Oktober 2011

aku tak tau apa nama yang tepat untuk mende kat bawah ni. yang pasti ini keychain bergantungkan burung hantu. aku rasa la. tak sangka lak boleh dapat betul-betul mende ni. dapat dua lak tu...


Terima Kasih Apesal

lagi entri pasal Apesal. aku rasa semakin ramai blogger dah join. kalau nak tahu serba sedikit pasal Apesal ni, boleh baca entri aku sebelum ni kat SINI tapi sudahkah korang 'LIKE' page facebook mereka, Eh, Apesal?

selain dapat menjana trafik di laman utama Apesal, page facebook mereka ni juga kadang-kadang membantu dalam menaikkan bilangan pembaca dan trafik ke blog korang. kalau tak percaya boleh tengok gambar kat bawah ni...

Bangau Menelan Arnab Hidup-hidup

>> 28 Oktober 2011

pernah tengok arnab ditelan hidup-hidup oleh burung bangau? aku sendiri pun belum pernah tengok lagi. biasa kalau tengok pun, bangau telan ikan je. tak tahu lak arnab pun termasuk dalam senarai juadah si bangau. macam kat bawah ni...


Rabu Yang Bisu #15 - Kenapa Brunei?

>> 26 Oktober 2011

Pauline Potter - Wanita Paling Berat Di Dunia

Setelah berat badannya mencecah 700 paun (lebih kurang 318 kg), Pauline Potter secara rasmi tercatat dalam rekod sebagai wanita paling berat di dunia.

wanita paling berat di dunia
Pauline Potter
Berusia 47 tahun dan berasal dari Sacramento, CA, Amerika Syarikat, dia kini mahu mengurangkan berat badannya itu supaya dia boleh menikmati kehidupan normal kembali.

Uncle Seekers : Antara Ramalan Atau Kebetulan

uish...agak lama dah simpan info ni. perlu dikeluarkan gak. nanti basi ma. walaupun aku tengah cuti seminggu dan perlu berada di kampung ketika ini, aku gigih pulang ke Kuantan untuk update blog. kat kampung nak online tak feel lansung. line macam biskut. kejap ada, kejap tak de. at least terubat gak hati ni dek kekalahan Manchester United di tangan Manchester City baru-baru ni. papepun, aku mengaku aku memang gigih...

ini info kelakar pasal Uncle Seekers yang suka skodeng hantu tu. kalau yang dah pernah baca, abaikan entri ini...

*****
Macam-macam cerita jugak si Uncle Seekers nie, dari kerja mencari hantu, menulis tentang Mantan Permaisuri Agong, bertikam lidah dengan Dato' Fadzilah Kamsah, kini Uncle Seekers muncul dengan ramalan tentang selebriti pulak...

Kekeliruan Hukum Makan Dubuk

>> 21 Oktober 2011

Dubuk atau dalam bahasa Inggeris disebut hyena ialah binatang dalam keluarga Hyaenidae. Terdapat empat spesies dubuk yang wujud iaitu spotted hyena, brown hyena, striped hyena dan aardwolf. Jika kita menyaksikan dokumentari seperti Animal Planet atau National Geographic di televisyen pasti kita menyedari bahawa dubuk ini tergolong dalam kategori pemangsa atau karnivor. Persoalannya, bolehkan kita sebagai seorang Muslim makan dubuk?


Kisah Burung Pipit

Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa air menggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik membantu memadamkan kebakaran.

Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air?

Burung : Aku ingin membantu memadamkan api yang sedang marak.

Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja?

Burung : Aku tahu.

Tekanan Emosi Punca Jerawat

Muka saya banyak ditumbuhi jerawat sejak akhir-akhir ini. Rakan saya memberitahu, ia berpunca daripada aturan tidur saya yang tidak menentu. Adakah perkara ini benar atau ia berpunca daripada makanan berminyak? Apakah yang perlu saya lakukan doktor.

*****
Jerawat adalah masalah anak remaja tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka, dada dan belakang. Punca jerawat boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor hormon adalah penyebab utama jerawat bagi wanita dalam lingkungan umur subur.

Rabu Yang Bisu #14 - Bayar Saman

>> 19 Oktober 2011

Anak Bogel, Ayah Lukis

Insiden Zhuangping, pelukis yang melukis anaknya Li menjadi model bogel telah mencetuskan debat panas. Pakar budaya mendakwa, dari sudut pandangan yang beretika, tindakan Li Zhuangping adalah salah, pengaruh yang agak negatif ke atas moral seksual. Tetapi pelukis dan anaknya berkata, "Tidak kira kaca mata apa yang digunakan orang lain untuk melihat kami, kami sangat murah hati."


Ruginya Pompuan Ini

Lelaki : Saya nak kawin dengan awak.

Pompuan : Awak ada Mercedes or BMW?

Lelaki : Takde.

Pompuan : Awak ada banglo?

Lelaki : Takde.

Pompuan : Berapa gaji awak?

Lelaki : Saya takde gaji...

Terapi Di Atas Landasan Keretapi

>> 16 Oktober 2011

Di Indonesia, telah ditemui satu cara rawatan baru untuk menyembuhkan diri daripada pelbagai penyakit. Penduduk datang ke stesen keretapi setiap hari untuk 'bersantai' di atas landasan.


Real Steel : Best Untuk Ditonton

>> 15 Oktober 2011

Real Steel, salah satu filem yang sedang ditayangkan kat panggung sekarang ni. kalau korang nak baca sinopsis citer ni boleh baca kat mynewshub.my. klik je link tu. dan aku pun dah tengok citer ni bersama dengan beberapa lagi membe office aku. bagi aku, memang best layan citer ni...

Latar Belakang Al-Khawarizmi Dan Petua Memilih Wanita Terbaik

>> 14 Oktober 2011

Al-Khawarizmi dilahirkan di Bukhara. Nama sebenarnya ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Selain itu, beliau dikenali juga sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Gelaran al-Khawarizmi di barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-Gorism terkenal pada abad pertengahan. Di negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Di negara Inggeris pula dia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Dicatatkan, beliau meninggal dunia antara 220M hingga 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad kesembilan. Dalam bidang pendidikan terbukti bahawa beliau ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas meliputi bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Dhab - Baik Untuk Tenaga Batin

dalam entri Nasi Briyani Special - Arab Mari, dhab digunakan sebagai salah satu lauk untuk dimakan bersama nasi di negara arab. dalam entri ni pula, ada beberapa lagi maklumat menarik pasal dhab ni.

*****
Sejenis haiwan padang pasir Negara Timur Tengah Seperti Arab Saudi, Mesir & Sudan. Khasiat dhab disebut dalam kitab-kitab lama seperti Hayatul Halwanul Kubra, Ma Jaa Fi Dhobi Anil Arab, Tajul Muluk dan Attibbil Nabawi.


Rabu Yang Bisu #13 - Bumi Untuk Dijual

>> 12 Oktober 2011

Nasi Briyani Special - Arab Mari

rata-rata rakyat Malaysia yang hidup bersatu padu sekarang ni pernah makan nasi briyani. tambah-tambah kat negara kita ni dilimpahi dengan restoran mamak dan nasi briyani ni antara menu wajiblah kalau kat restoran mamak. seingat aku, belum cecah lima kali lagi aku makan nasi briyani mamak...mahal ma.

ini apa yang aku nak kongsi. pasal nasi briyani - made by Arabian. mungkin lebih popular dengan nama nasi arab kot. aku pun tak pasti. kalau ikut dalam email yang aku dapat, tertulis nasi briyani. haha...  

kali pertama tengok gambar-gambar kat bawah ni, aku agak terkejut. biasa daging yang digunakan sebagai lauk, orang guna daging ayam, lembu atau kambing. kali ni guna daging lain. segar dari padang pasir...

Apa Perasaan Korang?

>> 10 Oktober 2011

korang ada seorang housemate. tapi korang jarang makan sekali. tiba-tiba malam ni bakal menjadi malam kedua korang makan sekali. apa perasaan korang?

korang pun order apa yang korang nak makan. sementara menunggu order sampai, housemate korang nak buat panggilan telefon dan berlalu pergi ke tempat yang lebih privacy. order pun sampai tapi housemate korang masih bercakap dalam telefon. apa perasaan korang?

disebabkan agak lama menanti, korang pun makan dulu sementara housemate korang dengan panggilan beliau. sampai korang habiskan makan malam korang pun housemate korang masih bercakap dalam telefon? apa perasaan korang?

Ibu Meraikan Penceraian Dengan Membuat Tatu

Jacqui Moore ialah seorang tukang kebun di sebuah sekolah swasta di Oxford. Selepas penceraian dengan bekas suaminya pada tahun 2003, dia memilih untuk membuat tatu di atas badannya.


Stadium-stadium Piala Dunia 2022 - Qatar

>> 09 Oktober 2011

Qatar telah berjaya dipilih untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022. negara lain yang turut bersaing membida sebagai tuan rumah 2022 ialah Australia, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat namun tuah telah memihak kepda Qatar.

di bawah ini merupakan pelbagai rekaan stadium yang telah dirancang oleh mereka sepanjang kejohanan nanti.

tapi lambat lagi 2022 tuh. layan je la dulu...

*****
Doha Port Stadium, Doha
Akan dibina. Kapasiti dijangka: 44,950.

Template Blog Menarik Di Our Blogger Templates

>> 08 Oktober 2011

sudah hampir setahun aku guna template kat bawah ni dalam blog aku. dari aku mula kerja sampai 5 Oktober lepas. memang sayang nak tukar sebab cambes je template lama ni...


cuma masalah template lama ni ialah aku tak boleh nak pasang header. kalau masukkan header, mesti bergelimpangan kat atas tuh. aku lak tak pandai nak adjust bab-bab header ni...

Pindah Dosa Kepada Ayam

>> 07 Oktober 2011

SEORANG bapa mengayun-ayunkan seekor ayam putih di atas kepala anak perempuannya di kawasan perumahan Mea Shearim, Baitulmuqaddis.

Rabu Yang Bisu #12 - Dalam Kenangan

>> 05 Oktober 2011

Kelahiran Anak Kerbau Yang Seakan Manusia

>> 02 Oktober 2011

sekitar tahun 2007, terdapat satu kes kelahiran pelik barlaku di Thailand. seekor kerbau betina telah melahirkan anak yang kelihatan seperti manusia. malangnya, ia telah mati sebaik sahaja dilahirkan. penduduk tempatan percaya fenomena ini membawa tuah kepada mereka dan ramai yang hadir untuk berdoa supaya mendapat keberkatan...


  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP