Aksi Mendebarkan Seorang Jurugambar Di Grand Canyon

>> 09 Ogos 2011

Ini adalah kes seorang jurugambar mengambil gambar seorang jurugambar yang lain. Gambar-gambar berikut telah diambil oleh Hans van de Vorst yang berasal dari Belanda di Grand Canyon, Arizona. Penerangan pada gambar adalah olehnya sendiri. Identiti jurugambar yang diambil gambarnya itu tidak diketahui.


Saya terkejut melihat lelaki ini berdiri bersendirian di atas batu di Grand Canyon. Kedalaman gaung di sini adalah 900 meter (3000 kaki). Batu di sebelah kanan lebih selamat. Memerhatikan lelaki ini hanya memakai selipar flip-flop, bersama kamera dan tripod, saya bertanya kepada diri sendiri 3 soalan :
  1. Bagaimana dia sampai ke atas batu itu?
  2. Mengapa tidak mengambil gambar matahari terbenam dari batu yang sebelah kanan, yang lebih selamat?
  3. Bagaimana dia akan kembali?
Selepas matahari terbenam, dia mengemas peralatannya dan menyiapkan diri untuk membuat lompatan. Ini mengambil masa kira-kira 2 minit, dan dalam masa tersebut, dia mencuri perhatian daripada pelancong lain.


Dia kini berada dalam situasi tidak boleh berpatah balik - dia melompat dengan selipar flip-flopnya.


Sekarang anda boleh lihat bahawa batu yang selamat (sebelah kanan) adalah lebih tinggi. Jadi, dia terpaksa mendarat lebih rendah pada batu tersebut yang agak curam dengan cuba menggunakan salah satu tangannya untuk mencapai batu tersebut.


Lihat dengan teliti pada jurugambar tersebut. Beliau mempunyai kamera, tripod dan sebuah beg plastik, sama ada di atas bahu atau di tangan kirinya. Hanya tangan kanannya tersedia untuk mencapai batu dan berat peralatan itu menjadi satu masalah.

Dia mendarat rendah dengan tangan kanan dan kaki kanan. Dia kemudiannya merapatkan badannya ke batu itu, menunggu selama beberapa saat, membaling peralatannya ke atas batu yang rata, memanjat dan berlalu pergi. Mungkin ke bilik air untuk menukar seluar pendek (mungkin 'boxer short' atau seluar dalam - pencerita mengandaikan mamat ni terkencing kot). Saya tahu saya terpaksa menukar saya punya walaupun saya hanya menonton!

Hans van de Vorst

APAN dapat dari SINI!

APAN menambah : sumber asal dalam bahasa inggeris. untuk meningkatkan kadar pembacaan, aku translate kepada bahasa Malaysia. walaupun bahasa inggeris itu universal, target pembaca aku buat masa ini adalah rakyat Malaysia. ayat telah disusun semula untuk lebih memudahkan pemahaman pembaca dalam bahasa Malaysia tetapi masih membawa maksud yang sama.  jika terdapat kesilapan, sila maklumkan.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP