10 Binatang Kacukan Yang Awesome!

>> 19 Ogos 2011

Berikut antara 10 haiwan kacukan yang agak menarik untuk dikongsi. Ada yang wujud secara semulajadi (hubungan suka sama suka)manakala yang lain telah dikacukkan dengan bantuan manusia.

Zebroid = Zebra + Equine

Zebroid (juga dikenali sebagai zebra mule dan zebrule) adalah hasil kacukan antara kuda belang dan mana-mana jenis kuda yang lain. Dalam kebanyakan kes, si bapa adalah kuda belang jantan. Zebroid telah dibiak sejak abad ke-19.

Liger = Lion + Tiger


Liger adalah kacukan antara Panthera leo (singa) jantan dan Panthera tigris (harimau) betina. Liger menyerupai seekor singa bersaiz besar dengan jalur yang bertebaran. Seperti harimau, liger gemar berenang, tidak seperti singa. Hasil kacukan lain antara harimau jantan dan singa betina pula dipanggil tigon.

Beefalo = Buffalo + Cow

Beefalo pula adalah kacukan antara lembu dan kerbau.

Cama = Camel + Llama

Cama adalah hasil kacukan antara llama dan unta. Ia satu-satunya kacukan daripada jenis ini sejak dilahirkan pada tahun 1995. Cama tidak mempunyai bonggol dan berbulu panjang seperti llama. Ia mempunyai kaki yang kuat untuk hidup di padang pasir seperti unta. Macam mana nak sebut 'llama' ni?

Leopon = Leopard + Lion

Leopon adalah hasil kacukan antara harimau bintang jantan dengan singa betina. Bahagian kepala haiwan ini adalah sama seperti singa manakala badannya sama seperti harimau bintang. Leopon pertama yang berjaya direkodkan telah dibiakkan di Kolhapur, India pada tahun 1910.

Savannah = Serval + Domestic Cat

Kucing Savannah adalah hasil kacukan antara kucing liar Afrika, yang dikenali sebagai Serval dan kucing domestik, biasanya kucing seperti Bengal, Oriental Shorthair, Egyptian Mau, atau Serengeti.

Grizzly Polar = Polar Bear + Brown Bear

Juga dikenali sebagai Grolar Bear, Grizzly Polar adalah kacukan antara Polar Bear dan Brown Bear. Apa yang menarik tentang kacukan ursid ini ialah ia telah berlaku di dalam kurungan dan di habitat liar mereka. Pada tahun 2006, kewujudan peristiwa ini telah disahkan oleh ujian DNA ke atas seekor beruang yang kelihatan aneh dan ditembak di Pulau Banks di Artik Kanada.

Toast of Botswana = Sheep + Goat

Satu kes luar biasa dikenali sebagai 'Toast of Botswana' dilaporkan oleh doktor haiwan di Botswana pada tahun 2000. Seekor anak yang dilahirkan secara semulajadi berpunca daripada kacukan antara kambing betina dengan kambing biri-biri jantan yang dikurung bersama.

Blood parrot = Midas Cichild + Red Devil fish

Blood parrot (juga dikenali sebagai bloody parrot dan blood parrot fish) adalah kacukan cichlid. Ikan ini mula dibiak di Taiwan pada sekitar tahun 1986. Keturunannya tidak berapa diketahui, tetapi spekulasi yang paling biasa didengar tentang keturunan ikan ini adalah kacukan antara midas cichlid dengan redhead cichlid. Kacukan cichlid ini mempunyai banyak kecacatan anatomi. Salah satu yang paling jelas, dan juga boleh menyebabkan kematian ialah kecacatan pada bahagian mulut. Mulutnya tidak boleh dibuka dengan luas dan agak sempit. Ini menyebabkan ikan ini sukar untuk diberi makan dan akhirnya banyak yang mati kerana ini.

Hybrid Pheasant = Golden + Amherst Pheasant

Golden Pheasant biasanya dikacukkan dengan Lady Amherst's Pheasant yang serupa. Hasilnya ialah kacukan dengan warna yang menakjubkan berbanding ibu bapanya. Nama burung ni dalam bahasa Malaysia tidak dijumpai. harap maaf. huhu...

APAN dapat dari SINI!

APAN menambah : sumber asal dalam bahasa inggeris. untuk meningkatkan kadar pembacaan, aku translate kepada bahasa Malaysia. walaupun bahasa inggeris itu universal, target pembaca aku buat masa ini adalah rakyat Malaysia. ayat telah disusun semula untuk lebih memudahkan pemahaman pembaca dalam bahasa Malaysia tetapi masih membawa maksud yang sama.  jika terdapat kesilapan, sila maklumkan.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP