Ular Tidak Bertelinga

>> 17 Julai 2011

entri berkaitan ular lagi. sebelum tu, dah baca entri aku sebelum ni kat SINI? tak nak baca pun tak pe sebab dalam tu banyak gambar je. gambar-gambar comel dan seksi ular selepas diperlakukan oleh manusia. jemput la usha ye...

aku tertarik dengan maklumat yang aku dah lama dapat ni. baru datang semangat nak buat entri. semua maklumat yang aku dapat seperti di bawah. aku dah ringkaskan dengan tidak memasukkan huraian daripada penulis asal...

still panjang? tak pe...kalau macam tu, baca maklumat yang no. 2 tu je...

*******
MAKLUMAT 1Ular tidak pernah mengerdipkan matanya, kerana ular tidak punya kelopak mata. 
MAKLUMAT 2Ular tidak punya telinga. Ia mengesan bunyi melalui getaran tanah. 
MAKLUMAT 3Ular menelan, tidak mengunyah.
MAKLUMAT 4Ular mengesan bau menggunakan lidah. 
MAKLUMAT 5Terdapat 2700 jenis ular dalam 30 rumpun keluarga. 
MAKLUMAT 6Badan ular tidak basah dan tidak berlendir sebagaimana yang mata kita sangkakan. Kulitnya kering dan sejuk. 
MAKLUMAT 7Ular bersalin kulit mulai dari kepala. 
MAKLUMAT 8Ular terberat di dunia ialah dari jenis anaconda. 
MAKLUMAT 9Ular senduk boleh terus mematuk sebaik-baik sahaja menetas. 
MAKLUMAT 10Ular orok-orok (rattles) melahirkan anak, tidak bertelur. 
MAKLUMAT 11Setiap kali ular orok-orok bersalin kulit, gelang baru akan tumbuh di ekornya. Gegelang ini terkenal kerana goncangan dan bunyi gemersiknya. Kejadiannya sama seperti kuku manusia. 
MAKLUMAT 12Pakar ular dinamakan herpetologi. 
MAKLUMAT 13Ular terkecil di dunia ialah ular benang di Hindia Barat. Jika karbon sebatang pensel dikeluarkan, ular benang boleh masuk ke dalam lubang pensel itu. 
MAKLUMAT 14Larian manusia adalah lebih laju daripada ular.
sumber : Abu Zulfiqar "Alexanderwathern". klik SINI! untuk terus ke entri tersebut.

(14 maklumat di atas terdapat dalam buku bertajuk : "Ketakjuban Ular" oleh Alexandra Parsons, diterjemahkan oleh Grace Lau, Vinpress Sdn Bhd 1997)

*******

tarian ular?
pernah tengok aksi macam dalam gambar kat atas ni? apakah point uncle tu kalau ular tak bertelinga. dari kecil aku dipertontonkan dengan aksi sebegini kat tv. aku ingatkan ular tu betul-betul menari dek kerana bunyi serunai tu la. hampeh...

tak pernah lagi tengok aksi macam dalam gambar tu? cuba tengok video kat bawah ni dulu...



ular tu hanya mengikut lenggok serunai tu je kan? kalau uncle peniup tu statik je, nescaya ular tu pun statik gak. tapi boleh pakai ke teori tu? cuba baca petikan maklumat kat bawah ni lak...
It is now known that snakes can also hear noises or vibrations that travel through the air. The vibrations caused by noises are also called sound waves. When people and most animals hear, sound waves strike the eardrum and go to the inner ear, which is sensitive to the sound waves or vibrations. Snakes do not have eardrums, but their skins, muscles, and bones carry the sound waves to the inner ears. In this way snakes can hear sound carried by the air, but probably not as well as we can.
(klik SINI untuk pembacaan penuh)

jadi, apa kesimpulan anda? aku malas nak buat kesimpulan. takut salah. haha...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP