Muhammad Zulhelmee Muhammad Saidin

>> 13 Jun 2011

Salah satu berita dalam Harian Metro bertarikh 13 Jun 2011. Aku dapat kat SINI!

3 Maut Kereta Bertembung

SABAK BERNAM: Dua saudara sepupu serta seorang rakan mereka maut apabila dua kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 46 Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Kampung Pancang Bedena, di sini, semalam.

Nor Aini Abdul Razak, 19, yang memandu Perodua MyVi meninggal dunia di tempat kejadian manakala sepupunya, Siti Aminah Ibrahim, 19, dan rakan mereka, Muhammad Zulhelmee Muhammad Saidin, 22, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam.

Dalam kemalangan itu, kereta MyVi dinaiki mangsa rosak teruk dan terbalik apabila bertembung dengan pacuan empat roda Toyota Hilux mengakibatkan ketiga-tiga mangsa maut manakala lelaki pemandu Toyota Hilux hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mohd Mushar berkata, kemalangan pada kira-kira jam 1.30 tengah hari itu berlaku apabila kereta MyVi dari arah Klang tiba-tiba masuk ke lorong bertentangan lalu bertembung dengan Toyota Hilux dari arah Teluk Intan.

“Pemandu Perodua MyVi itu gagal mengawal kenderaannya dan tidak dapat mengelak kenderaan Toyota Hilux dari arah bertentangan sebelum kedua-dua kenderaan itu bertembung.

“Mangsa yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian dan dua lagi mangsa disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya.

Harian Metro difahamkan Nor Aini dari Taman Pertama, di sini, masih menuntut di Kolej Pendidikan Perdana Shah Alam, manakala sepupu dan rakannya yang tinggal di Teluk Gong, Pelabuhan Klang ingin pulang ke kampung untuk mengambil peralatan yang tertinggal di rumah.

Rakan karib Nor Aini, Fasha Erma Mohd Khomari, 19, dari Taman Muhibah ketika ditemui berkata, sahabatnya itu menelefonnya pada jam 1.05 tengah hari untuk bertemu jika mereka tiba di bandar Sabak Bernam.

“Arwah meminta saya bersiap untuk jumpa sementara dia dalam perjalanan dan memberitahu hajatnya mahu ke klinik terlebih dulu sebelum pergi makan kerana dia kurang sihat.

“Selepas itu saya tidak lagi menerima panggilan daripada arwah sehinggalah menerima berita mereka bertiga terbabit dalam kemalangan,” katanya.

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi perkarangan rumah mayat HTAJ dengan kehadiran ahli keluarga ketiga-tiga mangsa.

Ibu Nor Aini, Siti Bastiah Samad, 42, berkata, kali terakhir dia menemui anaknya ketika arwah bermalam di rumah kakaknya, Siti Fatimah, 44, untuk melawat seorang saudaranya yang kritikal di sebuah hospital di Petaling Jaya, baru-baru ini.

“Nor Aini masih sempat bergurau seperti kebiasaannya sebelum keluar rumah dan tidak menunjukkan sebarang perubahan. “Walaupun saya tidak dimaklumkan Nor Aini meninggal dunia, saya dapat menjangka dia sudah tiada dan kami sekeluarga reda dengan pemergiannya,” katanya.

Aku terbaca berita ni daripada link membe aku kat fb. Muhammad Zulhelmee Muhammad Saidin tu membe sekolej masa aku amek diploma dulu. Cuma course aku dengan dia lain...

Sebelum aku baca berita ni pun, membe satu course dengan aku dah mesej bagitau yang beliau dah tiada. Cuma cerita sebenar tak tau sangat...

Papepun...AL-FATIHAH untuk arwah

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP