Misteri Rambut Panjang

>> 01 Jun 2011

erm...malas sebenarnya nak tanya mende ni. tapi tah ar. mana tau ada yang tau ke akan masalah aku ni...

seperti mana yang aku pernah citer sebelum ni, aku menyewa bilik kat sebuah rumah ni. keluasan lebih kurang dalam 10'x10'. boleh la nak hidup ngan tulis mende ni...

lebih kurang gini la. tapi yang ni aku amek kat SINI!
cuma aku keliru sikit. bukan sekali, bukan dua kali...berkali-kali gak kot aku ada jumpa rambut panjang. ada la dalam 30cm panjang. ala...lebih kurang panjang pembaris panjang tu la...

aku yakin tu bukan rambut atau bulu aku sebab rambut aku bukan jenis untuk disimpan sepanjang tu. nak kata rambut pompuan, dalam rumah ni semua lelaki. aku pun tak penah lagi bawa masuk anak pompuan orang dalam bilik aku ni...

tah ar...boleh kata tiap minggu aku sapu ngan kemas-kemas bilik. kalau jumpa rambut pendek-pendek tu biasa ar. rambut aku la tu. kerap betul gugur. huhu...

cuma pasal rambut panjang tu je...boleh ke rambut yang dah gugur memanjang sendiri? aku pikir gitu je. malas nak pikir mende lain dah. try cari fakta pasal mende ni tapi belum ketemu lagi...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP