Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka

>> 16 Jun 2011

Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan suami mendiamkan diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak...Nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cubalah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.
Kepada golongan wanita, sama-samalah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.
Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati?

APAN dapat kat SINI!

***********
info ni mengajar aku yang kita tak boleh mementingkan diri sendiri. sebaik macam mana sekali pun, kalau tak pernah tegur kesalahan saudara terdekat pun payah gak. aku sendiri pun rasa payah je nak buat mende macam ni...

ni lah bahaya kalau berpegang pada kata-kata, "lantak kau la, kubur lain-lain!" falsafah ni tak boleh diamalkan lansung ma...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP