Fantasy Premier League 2010/2011

>> 18 Jun 2011


korang main tak mende ni? untuk musim 2010/2011, ni la kali kedua aku join mende ni. disebabkan aku tiada bakat untuk bermain bola sepak di padang, ni salah satu cara aku untuk terlibat dalam bola sepak. tapi tak keluar peluh lansung la. dok depan komputer ngadap internet je la. at least, dapat gak tau berita bola sepak terutama untuk Liga Perdana Inggeris la. huhu...


nama pasukan aku, Kaki Bangku FC dan nama samaran aku sebagai Cikgu Amran. karut punya nama...

barisan pemain terakhir aku untuk musim 2010/2011
mende ni memerlukan aku untuk memilih pemain daripada semua pasukan yang bertanding dalam EPL. pemilihan pemain tu perlu bijak gak sebab nanti boleh membantu meningkatkan mata untuk perlawanan minggu tersebut. namun, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi untuk memilih pemain. antaranya, pemain yang sama dari satu pasukan tidak boleh melibihi 3 orang dan pembelian pemain melebihi  seorang untuk perlawanan seterusnya akan ditolak mata. banyak lagi la peraturannya. tapi senang je. huhu...


pasukan aku bermain untuk 5 liga di atas ni, 2 liga kat atas sekali tu public league dan yang 3 berikutnya private league. private league tu maksudnya liga yang dibuat sendiri oleh seorang admin. dan untuk ketiga-tiga private league yang aku join ni, semua tu aku yang buat. jadi, akulah admin...

yang boleh dibanggakan di sini, kesemua liga yang aku join tu aku dok atas sekali a.k.a nombo 1. kalau nak cakap sebab aku admin, boleh la dapat nombo 1, 2 public league yang aku join tu pun nombo 1 ma. jadi, tiada konspirasi di sini. haha...


tapi untuk liga tu je la. kalau kedudukan dalam malaysia, aku di kedudukan nombo 578. ok la tu. bawah 1000...


dan untuk kedudukan keseluruhan pemain yang seramai 2,465,922 (berdasarkan total players kat gambo nombo 2 tu), aku di kedudukan 6239. jauh tercicir...

papepun, bersedia untuk menghadapi liga 2011/2012 lak. sesiapa yang terbaca entri dan main mende ni bagitau la. boleh kita buat liga sendiri. huhu...

kalau ada yang nak join main mende ni, klik SINI! tapi belum boleh pilih pemain lagi la. kena tunggu dalam seminggu sebelum musim baru start. lebih kurang la kot...

sekian...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP