Minat Yang Tak Diundang

>> 02 Mei 2011

APAN menambah : sebelum tu aku nak bagitau dulu...entri ni agak panjang daripada biasa. kalau takut bosan hentikan pembacaan anda kat sini. kalau korang dah baca entri aku sebelum ni kat SINI dan SINI  korang boleh paham la kot...abaikan kekalahan man utd di tangan arsenal malam tadi. hidup perlu diteruskan. huhu...

***********
erm…masa ada laptop sebelum ni, tiap-tiap malam rasa nak online. teruja je rasa nak buka blog. nak tengok komen baru, follower baru, nak balas jejak yang dikesan dalam shoutbox, nak gi baca entri baru membe blog dan macam-macam lagi la pasal blog. memang semangat la time tu…

bila sebulan terbiasa hidup tanpa laptop, semangat berblog macam dulu dah berkurang. macam tak sampai hati je nak tinggal habit yang aku buat selama sebulan tu. biarpun ada habit tu nampak bodoh dan pelik sikit, aku buat gak sebab memang aku tak tau nak wat pe dah time tu. kesumbatan yang teramat. sampaikan aku pernah start moto aku tapi tak tau nak ke mana. aku pusing-pusing bandar kuantan jap sambil cucuh rokok sebatang dan akhirnya balik kat rumah semula. dah la pusing jalan sama je. tak pe la, janji ada inisiatif untuk mengelakkan aku daripada terbunuh diri sendiri. haha…

nasib baik rumah yang aku duduk sekarang ni ada tv. ada la enam pilihan siaran yang boleh tengok. tapi tv1 awal-awal aku dah reject dah. mula-mula dulu nak layan berita je tapi bila semua berita dok tayang mende sama je hari-hari, jadi menyampah pun ada. tambah lak time tu ada pilihanraya kat sarawak dan tak habis lagi sampai sekarang isu video lucah beliau…

aku bukan penyokong or pembangkang rasmi mana-mana parti. cuma aku amek tau gak sikit-sikit mende kat luar tu. bagi aku penting gak semua tu. janji jangan taksub sangat ngan semua info dalam tu dah la. mende baik aku amek, yang lebat je sembangnya aku keji. haha…

oh…kembali kepada isu tv tadi. aku mau story sikit akan tarikan aku kat beberapa citer dalam tu. disebabkan projek kat office tak berapa nak banyak, aku selalu balik rumah awal. takkan pukul 9 malam dah nak tidur kan. nak tak nak, kena gak gi bukak tv tu. tambah lak, housemate aku dekat 2 minggu tak de. bermaharaja lela la aku kat rumah. sebab kalau mereka ada aku jadi segan nak gi tengok tv…

dalam banyak-banyak malam, aku pilih malam rabu sebagai malam paling kurang membosankan sebab malam tu ada citer bes kat tv8. showdown 2011. 1st time tengok citer realiti pasal tarian ni. pernah dengar sebelum ni cuma tak pernah tengok lagi. biarpun aku tak pandai menari lansung walaupun poco-poco sekalipun, dapat tengok dorang dalam showdown dah jadi bes dah. sokong sama bakat mesia. yang penting citer ni lagi bes dari AF ngan Mentor…


dalam sebulan tu gak, 1st time aku tengok CSI sampai habis. maksudnya untuk satu episode je. bukan satu season tu. kat tv7 ke tv8 tah. baru aku paham kenapa orang minat tengok citer tu. yang dok tayang dalam tv tu season 5 dah kot. aku ada tunggu gak CSI minggu ni tapi aku dah lupa masa ngan hari siaran citer tu. tak pe la, dah ada laptop sekarang…


kalau bab drama lak, aku ada layan drama cina ni kat tv8. start pukul 8.30 malam lepas berita. yang sekarang dok tayang drama “All Men Are Brothers”. bes gak layan citer ni sebab menghimpunkan banyak samseng yang bersatu untuk menegakkan keadilan. lebih tepat lagi memberontak la. mana-mana pergi mesti ada jumpa seorang watak baru. mereka semua macam adik-beradik la kononnya. kalau boleh, sampai sekarang nak layan lagi drama ni. huhu...


alamak…terpanjang sudah entri ni. ada lagi nak story sebenarnya tapi cukup la sampai sini je. nanti tak pasal-pasal kena maki. terima kasih sebab baca entri sampah ni. harap-harap semangat kat blog ni kembali semula. selamat!

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP