Hari-hari Tanpa Air Di Kuantan

>> 25 Mei 2011

ni dah masuk hari kedua dah kot tak de air kat Kuantan ni. dengarnya satu Bandar Kuantan tak de air. kat rumah sewa aku pun nasib baik ada baldi. dan la tadah air untuk mandi pagi tadi. cukup syarat je. huhu…

kat office agak menyeksakan hari ni. air tank kat level aku dah habis. kebiasaannya, pagi-pagi aku buat air milo. kedai makan yang terdekat pun pakat tutup belake. masing-masing gi sembahyang zohor kat masjid. tu pun nyaris-nyaris je kat masjid tak de air gak. air untuk ambil air sembahyang je ada. kat tandas dah kering…

tambah lak, aku nak gi makan tengahari tadi nampak budak polisas tengah konvo. macam mana la keadaan dalam tu. cuaca panas ngan pakai jubah lagi. aku pun tak tau pe yang dorang rasa sebab konvo aku dulu pun aku tak pergi. tapi nampak dorang semua tadi happy je. kalau nak terkencing payah gak tu. tapi sekarang ni dah ada lampin untuk orang dewasa. aku pikir posotif je la…

berikut ni petikan artikel dari Pahang Daily Online:

[Siasatan pihak kami mendapati gangguan bekalan air yang melanda bandar Kuantan berpunca akibat kecuaian pemandu "Backhoe" sebuah syarikat kontraktor yang sedang melebarkan jalan ke Sungai Lembing. Akibat kecuaian itu, batang paip besar telah pecah dan ini menyebabkan masalah air melanda. Lantaran itulah tiada notis dihantar kepada orang ramai sebenarnya. Kerja-kerja pembetulan masih dilakukan dan kemungkinan besar memerlukan masa yang agak lama untuk dipulihkan. Tinjauan kami semalam mendapati banyak restoran ditutup akibat masalah air. Begitu juga dengan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan. Jika ia berlaku di kawasan luar bandar, mungkin tidak menjadi masalah yang besar sangat. Namun, bila ia berlaku di kawasan yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri itu sendiri maka kekecohan berlaku di sana sini. Ia bukan sahaja menyulitkan urusan seharian, malah turut membantutkan berbagai acara majlis keramaian. Semoga pihak JBA Pahang dapat menyegerakan kerja-kerja berkaitan dan rakyat diminta bersabar atas apa yang berlaku. Kami masih menunggu jawapan terkini]
untuk pembacaan lanjut berkaitan artikel ni, sila klik SINI!
aku pun masih mencari masalah sebenar. ada sesiapa yang dah tau?

menunggu esok lak. camne la keadaannya. macam malam tadi hujan. boleh la tadah air. tapi aku tak buat pun. kalau malam ni hujan lagi boleh la mandi hujan. so, sesiapa yang ada masa lapang boleh la temankan. haha…

setiap mende ada hikmah. wat pengalaman untuk hari-hari mendatang… :)

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP