Hukum Menampar Muka

>> 25 Februari 2011

Satu email menarik untuk dikongsi dengan para pembaca. Aku rasa semua orang terutamanya pelajar lelaki pernah makan penampar daripada cikgu atau warden asrama. Memang layak digelar pelajar yang baik kalau ada yang tak pernah merasa. Tapi, pernahkah kita tahu akan hukum perbuatan menampar tersebut? Aku bukan berilmu sangat. Hanya berkongsi apa yang aku baru tahu. Boleh juga baca artikel ini di Love Love Islam. Mungkin dari sini asalnya artikel ini.

Gambar hiasan

Hukum memukul muka adalah HARAM walau dengan apa jua tujuan sekalipun, samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan-tujuan yang lain.

Nabi s.a.w. bersabda :

"Apabila seseorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya." - Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana :
  1. Muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.
  2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
  3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata.
  4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini, mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.
  5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.

Imam Ibnu Hajar Asqalani berkata :

"Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."

Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam) :

"Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samada untuk mendidik atau sebagainya."

Kesimpulan:

Oleh itu, hendaklah kita menjauhi daripada memukul muka samada kepada isteri, anak, pelajar, orang bawahan ataupun yang lain. Mungkin sebab anak-anak atau anak murid semakin nakal dan susah hendak menghafal mendorong kita memukul muka mereka.

Tulisan asal Ustaz Salman Maskuri

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP