Satay Jawa

>> 29 Januari 2011

erm...gambar berikut menunjukkan gambar satay jawa yang telah dibeli semalam. niat awalnya nak makan kat kedai. tapi disebabkan masalah komunikasi, tiba-tiba sampai atas meja dalam plastik lak. huhu...

harga secucuk 50 sen. aku order rm30. dapat la 60 cucuk kalau dikira balik. niat untuk makan 5 orang dengan membe-membe office aku. tunggu punya tunggu dekat 2 jam kat kedai, mereka still tak sampai. memikir gak dalam kepala nak habiskan semua satay ni. tak termasuk nasi impit lagi tuh...

disebabkan terlalu lama menunggu, aku decide untuk makan satay ni kat tempat lain. dah panas punggung dah duduk lama-lama kat kedai tu. membe-membe tak sampai gak. baik betul mereka...



dengan perasaan hampa, beransur lah aku dari kedai tu. bukan hampa kat toke kedai yang pepandai je bungkus satay aku tu, tapi kat mereka yang sedap berjanji je...

tapi nak makan kat mana ni? nak gi TC or nak makan kat BENTENG je. dan-dan sampai benteng tengok macam tak bes lak tempat. at last, ambil keputusan makan kat rumah membe aku yang sorang ni...

on the way nak gi rumah membe aku, hujan tiba-tiba turun lak. berteduh la sementara menunggu hujan reda sikit. naik moto mana ada bumbung kan?hmmm...


nasib baik ada ko. ada gak tank tambahan untuk habiskan semua satay ni. sementara berteduh tu, sempat gak meratah beberapa cucuk...

time kat rumah membe aku malam tadi, kami boleh makan separuh je. nafsu nak makan satay menghilang. hampa dan kecewa. nak buat baik sikit pun payah. pe la mereka...


dalam pukul 12 tengahari tadi baru semua satay telah berjaya dihabiskan. bangga sebab berjaya mengelakkan  pembaziran satay yang terlampau. dan sampai entri ni ditulis aku kenyang satay lagi ni.

kepada yang mencari lokasi makan satay yang sedap boleh la try kedai ni. kat belakang ECM. satay jawa nama diberi. tak tau kenapa. lagipun, ada apa sangat pada nama kan? bahan je kan senang...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP