Paras Rupa Dan Blog

>> 11 Jun 2010

erm... entri pe tah ni. papepun penulisan perlu diteruskan. aku nak tau. paras rupa pemilik blog boleh membantu dalam kejayaan blog mereka ke? maksud kejayaan di sini dari aspek bilangan pembaca dalam sehari, bilangan follower, bilangan komen dan bilangan perkara-perkara yang boleh dikaitkan dengan kejayaan. bilangan dapat cek daripada nuffnang pun kira boleh masuk gak tu.

orang mesti berkata-kata; paras rupa tak penting, yang penting pengisian dalam blog tu. aku pun rasa macam tu gak. tapi ada nada-nada halus dari sudut hati aku ni menyangkal kanyataan tu. bila perkara tu berlaku aku nak kongsikan la. dah nama blog pun KONGSA KONGSI kan. AKU SUKA, AKU KONGSI. camdoh punya tagline.

berbalik kepada tajuk aku pada hari ini; aku selalu masuk skodeng-skodeng blog mereka ni. siapa mereka ni? mereka ni merupakan kerabat aku dan kawan-kawan yang sudi masuk blog aku dan tulis kat shoutbox "salam ziarah", "selamat pagi" dan macam-macam ayat lagi la. jadi, bila masuk tu automatik aku boleh tengok berapa rat dia punya follower. berapa banyak komen untuk satu entri. dan, hasil perskodengan aku ni membawa keyakinan akan kebenaran teori aku ni. hoho... mereka yang mempunyai rupa paras yang TERBAIK mempunyai bilangan follower yang banyak dan komen yang memberangsangkan jiwa.

kalau dari pandangan kat dunia realiti ni lak, paras rupa tak penting. yang penting ayat manis. pandai main ayat sikit kompem boleh dapat ma. tapi aku tak dapat la sebab ayat aku bertaburan di sana sini. statement ni dari pandangan aku ma. korang lain sebab mata lain-lain.

tapi bila pikir balik, agak tak masuk akal gak. orang malaysia kan tau beza kualiti dan diskriminasi. tak kan la rakyat malaysia nak buat macam tu. dah follower ramai, kompem-kompem la komen pun banyak. lagipun mereka tu kuat berusaha. tu pasal dapat berjaya macam tu ma. jadi contohilah mereka.

kesimpulannya, hati kecil aku masih berkata-kata; PARAS RUPA membantu dalam kejayaan mereka... dan aku konfius sebenarnya. PARAS RUPA or RUPA PARAS ek? lantak la. da nak habis pun ma...

9 komen:

Caroline 7:30 PTG, Jun 11, 2010  

ermm.. not sure bout this, but i guess it depends on an individual how dey treat their blog as and the purpose to blog. :) to be honest, i blog not cz of to get as many followers as i can, it just my passion to blog and share with people my thoughts. :) most of my readers are mostly my family, friends, relatives and lecturers. Just to get updates of me. :)

anyway, thanks for sharing ur thoughts. :)

hans 7:35 PTG, Jun 11, 2010  

sometimes paras rupa main peranan juga
tapi alhamdulillah
setakat nih aku letak muka shah rukh khan jer pun
hahaha
orang still datang baca entry
syukur

yua 9:40 PTG, Jun 11, 2010  

owh ye ke?? kalau cm tu kna taruk gambar sdiri r ni??? ha4

Tanpa Nama,  9:55 PTG, Jun 11, 2010  

ala. follow sebab hensem n cun. kalau2 untung baik dapat usha kat fb. hahahahahahah

Gadis Imaginasi 2:21 PG, Jun 12, 2010  

haha! satu je nk ckp..aku suke cara ko gunakan ayat kat blog.santai & sempoi. wihihi. tade kene ngene ngan entry,ye tahu! saje nak nyibuk. ngee.

Unknown 10:12 PG, Jun 12, 2010  

ada betui jugak statement tersebut.. try tengok belog yang letak banyak gamba mesti ramai gila follower dorang.. tambah lagi Hanis Zalikha.. Airene Nadia.. Cik Nadia Bayu.. Rina Salleh.. ramai lagi la kalau nak listkan kat sini.. memang best layan blog dorang sebab blog dorang cantek.. tuan belog pun cantek.. hehehe

tapi pape pun content dalam belog kena la menarik & sedap baca.. baru la buleh follow.. kan? =P

Unknown 7:05 PTG, Jun 12, 2010  

ade betolnye
biasenye blog org chantek and hensem ni org lbh suke masuk sbb cuci mate
hehehehe

The Extendables 7:32 PTG, Jun 12, 2010  

haha..bole thn gk kot.bole pkai gk idea nih..

rhapsody LiN 7:06 PTG, Jun 13, 2010  

haha.. tu first impression je.. klu cun tp blog agak boring x ramai gak kot..


dunia blog ni klu x sombong n rajin blogwalking cpt la 'naek'
;p

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP