Sepatutnya...Sudah Habis

>> 22 Mei 2010

erm...dah lama rasanya tak tulis pasal aku praktikal. yang penting minggu depan aku cuti seminggu. sudah diluluskan oleh supervisor aku yang baik hati. so, tak payah masuk office dan mem-busy-kan diri buat kerja. nasib baik dapat cuti seminggu. tak payah berkejar-kejaran nanti. cuma malang sikit la. elaun aku kena potong sebab cuti tu. lebih kurang dalam 100 gak la. tapi biarkan itu semua, aku rela. haha...

hari isnin ni, 24hb Mei aku kena present latihan industri kat kolej. report boleh dikatakan sudah siap sepenuhnya. cuma powerpoint je tak buat lagi. esok sempat lagi kot...sepatutnya pun lepas aku present ni aku tak payah nak masuk office dah. kalau ikut syarat kolej aku, semalam, 21 mei semua pelajar dah habis latihan industri. tapi nak buat macam mana. aku dah sain kontrak 6 bulan kat company tu. kena pikir positif je la...

walaupun aku dah pikir posif sebaik mungkin, aku still tak puas hati gak. nape la dorang yang lain boleh habis awal. tak adil betul. sebab keje aku kat office skang ni pun kebanyakannya dah habis. tak kan asek nak wat documentation je. bosan ma...kalau nak main internet lak bukan sepanjang masa clear. mesti je ada gangguan daripada pihak-pihak tertentu. lagipun tak feel mana online kat office. tak tenteram. haha...

diharapkan, pembentangan nanti berjalan lancar. cuak tu tak rasa lagi. yang aku tau nanti, kemungkinan semua lecture fakulti aku akan mendengar dan menembak pelajar yang present nanti. tu la masalah skang ni. tah dorang boleh terima ke tak la apa yang aku bentangkan nanti. lantak la. aku dah buat yang terbaik time praktikal ni. nak buat semua macam dorang nak memang tak boleh la. sebab aku adalah aku. aku bukan dorang....

dah la tu...selamat!!!

4 komen:

Umi Nazrah 1:08 PTG, Mei 22, 2010  

praktikal syok klau dpt elaun..
:P

APAN 1:20 PTG, Mei 22, 2010  

btul2...nasib baik ade elaun...dapat gak backup blnje...

Aidi-Safuan 2:48 PG, Mei 23, 2010  

praktikal pon bole mintak cuti? :P

APAN 7:10 PG, Mei 23, 2010  

kalo ikutkn keskemaannya mmg x bole bro...
tpi manusia ni penuh dengan budi bicara ma...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP