Perempuan Cantik

>> 19 Mei 2010

lelaki dan perempuan. bagi lelaki, masing-masing mahukan pasangan mereka itu cantik. aku tak percaya sangat kalau mereka cakap muka tak penting, yang penting hati. boleh percaya ke tak la kalau orang cakap macam tu? harap-harap apa yang mereka katakan tu keluar dari sudut hati. bukan kerana ikut cakap orang semata-mata.

cantik di mata aku tak semestinya cantik di mata orang lain. ada orang bila aku cakap itu cantik, mereka cakap itu standard biasa je. bila mereka cakap yang ini cantik, aku tengok tak ada apa yang cantik sangat pun. so, cantik itu subjektif. lain orang lain pemahaman dia tentang cantik.

aku selalu tengok mereka-mereka ni, mereka berkepit macam pasangan bahagia. tapi aku tak nampak apa yang cantik pada si perempuan tu. tak mungkin si lelaki tersebut nak berkepit dengan perempuan biasa-biasa je. mesti dia nak berkepit dengan perempuan cantik. so, cantik di mata lelaki tu tak semestinya cantik di mata aku.

bagi aku lagi, bukan semua orang boleh declare seseorang perempuan tu cantik. ada yang tak sanggup nak bagi gelaran cantik tu sebab mata dia tak boleh menerima kecantikan perempuan tersebut. nak buat apa lagi? dunia memang macam tu. penuh dengan pemerhati walaupun mereka yang memerhati pun turut diperhatikan juga.

kepada mereka-mereka sekalian, jangan terlalu merendah diri sangat. dan yang penting sekali, jangan terlalu gedik bila anda ingat anda cantik. seperti yang telah dinyatakan di atas, cantik itu subjektif. tapi kalau ada sikap merendah diri tu lagi bagus daripada terlalu over konfiden.

sama je la kalau lelaki pun. lebih kurang gak. tak kan awek-awek nak kuar dengan orang muka pecah rumah. kalau muka pecah rumah sekalipun, kat hati awek tu mesti dia cakap muka kita suci je. agaknya la...

11 komen:

hudamcgyver 7:08 PTG, Mei 19, 2010  

belum ade lagi manusia mati meninggalkan kecantikan :)

APAN 7:12 PTG, Mei 19, 2010  

haha...betul tu...

Tanpa Nama,  5:35 PTG, Mei 20, 2010  

wow! entri yg menarik daripada afhan sendiri. caya lah!
spe nk pasangan muke mcm pecah rumah ek? kt blog ak muke mcm longkang. bagus la tu. hahahahaha

APAN 6:03 PTG, Mei 20, 2010  

haha...mule2 nak tulis mke cam longkang gak...nanti cakap copy paste lak...
huhu...

Tanpa Nama,  6:21 PTG, Mei 20, 2010  

hahahahah. ok la. sorg muke pecah longkang. sorg muke pecah rumah

lumut 3:07 PTG, Mei 22, 2010  

saya suka entri ni..
lain org lain caranya nak describe cantik tuh..
suke blog ni..ayat yang dioleh sng nak baca..=)

nich 11:10 PG, Mei 25, 2010  

saya pernah terbace.. ade sorang laki tu sgt suke perempuan tu tapi xnak kapel dgn pompuan 2 sbb pompuan 2 biasa2 saje.. last2 skali dia sgt menyesal bile pompuan 2 dah ade laki laek.. padan muke laki tuh.. hahahaha

APAN 12:59 PTG, Mei 25, 2010  

tu r pasal...
mende cmtu pun konfius gak...
takot gak nanti jadi laki camtu...
huhu...

Adi Alida 10:06 PTG, Mei 29, 2010  

cantik tu subjektif..
kalau seme org minat kecantikan yg same..
alamatnye, ade yang tak laku la nnt..

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP