Mereka Memilih JUDI Daripada ROKOK!!!

>> 22 Mei 2010

aku dapat tau yang mereka ni dah luluskan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 ni nanti. lesen tu diberikan kepada Kumpulan BERJAYA. menurut apa yang aku baca, kumpulan ni la pemilik kepada kedai-kedai pertaruhan TOTO.

erm...apa masalah mereka ni? terdesak sangat ke sampai sanggup ambil keputusan nak bagi lesen judi? macam la dah tak de alternatif lain. pelik...

apa yang aku baca lagi, kalau kerajaan tak bagi lesen perjudian ni pun, kegiatan perjudian tetap berlaku. so, kalau dah bagi lesen ni, kira pihak berkuasa boleh kawal la kegiatan penjudi-penjudi ni. kononnya boleh mengurangkan perjudian haram dengan adanya perjudian halal ni. padahal haram gak tu...

kalau lah mereka cakap mereka akan gunakan keuntungan daripada aktiviti haram ni untuk pembangunan sukan, aku tak boleh terima. aku pernah dengar dulu isu penajaan syarikat rokok untuk bola sepak Mesia ni. ada pihak mencadangkan supaya penajaan daripada syarikat rokok diterima semula. tapi mereka tak terima cadangan tu. mungkin sebab mereka sibuk dengan kempen berhenti merokok. kalau mereka terima mesti kena kutuk.

tapi bagi aku, kalau terima penajaan syarikat rokok tu lagi elok daripada bagi lesen perjudian ni. terang-terang judi tu dah haram dalam islam tu sendiri. biarpun kononnya umat islam tidak dibenarkan untuk pertaruhan ni nanti. tapi boleh percaya ke tu? mereka buat kempen berhenti merokok pun still orang beli rokok. so, situasinya sama di sini. kenapa perlu pilih jalan yang macam tu?

mereka kononnya bangga Mesia ni sebagai sebuah negara islam contoh. dapat hidup aman je dalam satu negara yang pelbagai kaum. tapi apakah ini? macam ni ke cara nak bangga?

aku pun pikir gak, mereka ni buat keputusan mesti atas perbincangan dengan orang-orang yang bijaksana dalam bab ni. tapi siapa golongan bijaksana tu? ke hanya pada nama je....

hmmm....pendapat aku je. kalau ade salah tegur. nak bace lebih lanjut? sila ke laman web malaysiakini. huhu...selamat!!!

4 komen:

Tanpa Nama,  5:10 PG, Mei 22, 2010  

boleh tak ak ckp new world order? kite xtau sape org dlm btw.
hebat KOT afhan berbicara in politik!

APAN 9:14 PG, Mei 22, 2010  

xtau la sis.kat mesia pyh gak nak cam mende tu. tapi may b ade....bukan, kompem ade...
haha...

ah ko, personal je ni ma...
:)

Tanpa Nama,  10:36 PTG, Mei 22, 2010  

mesti la moderator kene update blog slalu. rmai ne org follow. perghh!

personal2 pn ko hati2 sket nk tulis tu. kang x pasal2 masuk lokap der.

APAN 12:32 PG, Mei 23, 2010  

haha...baik der...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP