RM 10 000 Daripada Power Root

>> 23 April 2010

mungkin ramai yang dah dapat. aku ni pun salah seorang yang bertuah dapat mesej gila ni. bagi sesetengah orang, mungkin mereka sudah set dalam kepala otak masing2 yang mesej gila ni memang tak boleh percaya lansung. lagi pun dah banyak kes2 penipuan macam ni. aku pun pernah set kepala aku gak akan kebodohan kalau percaya mesej gila ni.

hendak dijadikan story, semalam aku dapat mesej daripada somebody ni. no siapa tah. bila aku baca mesej tu, kebodohan aku hampir2 mengcontrol diri aku untuk mempercayai apa yang dikonon-kononkan dalam mesej tu. nasib baik je no maxis aku tu tak berkredit. kalau tak dah lama kot aku hubungi pihak yang berkenaan dalam mesej tu. BANGANG!!!

mesej yang aku dapat tu lebih kurang macam ni la ayatnya :

TAHNIAH! Sim Card  anda telah berjaya memenangi RM 10 ribu dari  POWER ROOT SDN BHD. No. siri-F2E 57C. Untuk maklumat lanjut hubungi talian ; 012-860-1244 MOHD ISKANDAR BIN ISMAIL

faktor yang mendorong aku untuk mempercayai mesej ni time tu sebab aku memang pernah masuk peraduan POWER ROOT pun. siap isi2 borang lagi. bukan sebab aku excited sangat nak join peraduan tu, cuma aku direla paksa oleh promoter POWER ROOT untuk isi borang peraduan. alang2 isi sekali la kan. mana tahu ada rezeki. haha...

hari ni kat office aku share la mesej ni ngan beberapa orang sahabat yang boleh dipercayai. salah seorang daripada mereka pun pernah dapat gak mesej tu. bukan setakat RM 10 000, dia dapat offer RM 30 000 kot. lagi cibai...

nasib baik tiada penyesalan yang berlaku. tapi kalau betul2 dapat memang bes la. dah tak sabar nak kahwin ni... menunggu dulu la nampaknya. huh!!!

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP