Hoka One One Mach 4: Pengenalan

>> 30 Mac 2021

Hoka One One, jenama sukan yang sering dikaitkan dengan harga bangsawan dan kelajuan. Tak pernah lagi try kasut dari jenama ni sehingga keluarnya Mach 4 pada awal tahun 2021.

Blog Buruk
Hoka One One Mach 4

Mach 4 dikatakan lebih baik daripada versi sebelumnya. Banyak pembaharuan yang dilakukan ke atas model baru ini. Paling jelas, rekaannya yang lebih hensem, juga menjadi faktor penarik bagi saya membeli kasut ni.

Saucony Endorphin Speed: Pengenalan

>> 24 Mac 2021

Selain Asics Novablast, kasut ni antara kasut larian yang banyak mendapat maklum balas positif daripada pengkritik pada tahun 2020. Semasa dilancarkan dulu, ia hadir sekali dengan Saucony Endorphin Shift dan Saucony Endorphin Pro.

Blog Buruk
Saucony Endorphin Speed

Adidas Ultraboost 20: Pengakhiran

>> 23 Mac 2021

Kali pertama dipakai untuk aktiviti larian, saya dah rasa sesuatu tak kena dengan kasut ni. Saya tak kisah sangat pasal berat, sebab saya memang tahu kasut ni agak berat dibandingkan dengan kasut-kasut larian lain.

Blog Buruk
Adidas Ultraboost 20

Masalah utama saya dengan Adidas Ultraboost 20 ialah pada bahagian 'sangkar plastik' di kiri kanan sisi kasut. Ia membuatkan kaki rasa lemas dan tersepit. Rasa tak selesa tu akan ada pada awal larian dan semakin hilang pada kilometer berikutnya.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP